Pages

Nuffnang

Khamis, 4 Mac 2010

MENGGAMIT RINDU BILA KITA AKAN BERTEMU

Alhamdulillah, pihak kami menerima respon yang sangat baik daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang. Dan kebanyakan ahli alumni bertanya kepada penulis aktiviti apa yang akan dirancang dan bila tarikhnya dan menyatakan tidak sabar untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. Penulis juga kesal segelintir pihak yang memperkecilkan usaha dalam menubuhkan persatuan alumni ini. Jadi penulis ingin mengingatkan kepada yang sering mengkritik bahawa tujuan utama penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini bukan sekadar untuk bertemu dan gelak tawa tetapi menjadi medan ataupun jambatan penghubung diantara bekas pelajar dan guru bersama membantu pihak sekolah dalam menjayakan moto, visi dan misi sekolah. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan dan cadangan yang diberikan. Pihak kami sangat menghargai sokongan dan pandangan daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang yang dikasihi. Setiap emel atau mesej kami akan jawab sebaik mungkin demi ukhwah dan amanah yang ditaklifkan. Pada kali ini pihak kami memaparkan posting tentang alumni. Semoga pihak kami mendapat respon dan cadangan yang lebih bernas daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang. Bantu kami untuk Bantu anda. Sokongan anda adalah penentu kejayaan ALUMNI SMK Teluk Bahang


1- Apakah itu alumni?

Alumni ialah sebuah pertubuhan atau organisasi yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar dan guru serta staff.


2- Apakah dia Alumni SMK Teluk Bahang?


Alumni SMK Teluk Bahang ialah persatuan bagi alumni bekas-bekas pelajar dan guru serta staf SMK Teluk Bahang. Buat masa ini Alumni SMK Teluk Bahang masih lagi dalam peringkat penubuhan. Pihak Kami sedang mengusahakan perjumpaan atau reunion besar-besaran bagi menjayakan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini.


3- Apakah tujuan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini secara amnya?


a) Menjadi medium utama yang menghubungkan antara bekas-bekas pelajar, guru, staff dan warga SMK Teluk Bahang
b) Mengukuhkan ukhwah di antara semua bekas pelajar dan guru


4- Apakah aktiviti yang boleh dianjurkan oleh Alumni SMK Teluk Bahang sekiranya ia berjaya ditubuhkan?

Sekiranya Alumni SMK Teluk Bahang ini berjaya ditubuhkan, maka terpulanglah kepada ahli jawatankuasa yang dilantik bagi membentuk perancangan dan modus operandi tersendiri. Namun, kita sebagai bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang boleh memberikan saranan dan pendapat untuk kebaikan bersama. Lantaran itu, pihak kami amat berharap cetusan idea dari anda semua dalam menjayakan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang.

Antara contoh-contoh aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dianjurkan oleh Alumni SMK Teluk Bahang kelak:

a) Menganjurkan hari keluarga di mana-mana resort atau tempat pelancongan dan bermalam di sana
b) Majlis Sambutan Aidilfitri
c) Laman Web dan Forum secara rasmi
d) Mengadakan mensyuarat agung

e) Menganjurkan reunion besar-besaran antara bekas pelajar dan bekas guru SMK Teluk Bahang
f) Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk adik-adik junior yang masih bersekolah seperti kursus kepimpinan, seminar motivasi, seminar alam kerjaya dan alam universiti dan sebagainya sebagai satu transit menabur jasa di sekolah lama kita semula. ( atas permintaan sekolah )

Selebihnya, anda boleh cadangkan kepada perwakilan alumni kelak.


5- Apakah sumbangan yang mungkin boleh diberikan oleh Alumni SMK Teluk Bahang?

Banyak. Sekiranya Alumni SMK Teluk Bahang ini berjaya ditubuhkan memang banyak membantu bekas-bekas pelajar, guru-guru mahu pun adik-adik junior yang masih sekolah. Antaranya:

a) Konsultan

Kami percaya, ada diantara bekas-bekas pelajar dan guru telah berjaya menjadi seorang yang berguna. Dengan penubuhan alumni ini, komunikasi di antara semua bekas-bekas pelajar atau guru SMK Teluk Bahang mendapatkan khidmat konsultan daripada rakan-rakan pelajar dari sekolah yang sama menjadi lebih mudah. Dalam situasi begini, alumni pasti dapat membantu. Melalui alumni mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dapat dihubungi dengan cara yang mudah. Hal ini bukan sahaja merapatkan ukhwah, menjimatkan masa, malah menguntungkan semua pihak. Selain itu, melalui alumni adik-adik junior boleh mendapatkan overview mengenai alam kerjaya. Bekas-bekas pelajar yang berjaya boleh menjadi ikon yang cemerlang dan sumber inspirasi bagi mereka. Mahu berjaya di mana sahaja pun boleh termasuklah di SMK Teluk Bahang

b) Merealisasikan cadangan anda


Sekiranya cadangan anda bersesuaian, pihak alumni akan melaksanakannya. Alumni sememangnya berfungsi sebagai pelaksana suara ahli-ahlinya. Selebihnya,Ahli Majlis Alumni SMK Teluk Bahang akan membuat perbincangan dalam melaksanakan cadangan anda


6) Adakah saya layak menjadi ahli Alumni SMK Teluk Bahang?


Ya, anda layak sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Bekas pelajar, guru, staff SMK Teluk Bahang
b) Telah menduduki PMR, SPM atau tamat bersekolah
c) Kelayakan juga termasuklah bagi mereka yang hanya sempat bersekolah sehari, sebulan atau setahun.


7) Bagaimana penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini dilakukan?


Penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini akan dijalan secara berperingkat. Anda diharapkan sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui perkembangan lanjut. Untuk makluman anda Ahli Majlis Alumni SMK Teluk Bahang telah dilantik. Dan sedang merancang untuk mengadakan mesyuarat agung yang pertama. Buat masa ini, pihak kami sedang giat dan fokus melakukan promosi bagi mewar-warkan reunion dan penubuhan alumni ini. Pihak kami sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada seramai mungkin bekas pelajar, guru dan staf SMK Teluk Bahang memandangkan reunion kali ini secara besar-besaran.
Promosi kami juga berjalan secara berperingkat-peringkat dengan strategi tertentu. Komuniti alumni ini juga terdapat di blogger.com, Friendster, dan Facebook. Dan kami merancang untuk menambah lagi satu medium iaitu Twittwer. Justeru itu, pihak kami mengharapkan jasa baik anda semua supaya menghebahkan hal ini kepada rakan-rakan bekas pelajar, guru dan staff SMK Teluk Bahang.

SOKONGAN ANDA PENENTU KEJAYAAN ALUMNI SMK TELUK BAHANG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails