Pages

Nuffnang

Isnin, 15 Mac 2010

BUKU PILIHAN - TAHAJJUD CINTA

Tengahari kelmarin penulis dan rakan sempat berkunjung di Star Parade Alor Setar. Tujuan penulis adalah untuk membeli buku di Popular, kebetulan pula ada promosi 70%. Jadi seperti orang mengantuk disorongkan bantal apa lagi memborong buku lar jawabnya. Sedang penulis membelek buku, penulis ternampak sebuah buku iaitu"Tahajjud Cinta", agak menarik jugak buku ini kerana novel ini berusur Islamik menjadi santapan rohani. Terpampang di atas kulit hadapannya : "Best Seller Terjual Lebih Dari 50,000 di Indonesia. Untuk makluman anda buku ini telah diterjemahkan semula daripada bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia. Membaca tajuknya sahaja begitu menarik minat penulis untuk membelinya. Buku ini dijual pada harga RM27.90 tetapi disebabkan harga diskaun alamatnya murah sajalah.Tips penulis kalau nak membeli tunggu diskaun tapi kalau penulis, beli tak kira masa.

Ada apa dengan "Tahajjud Cinta"?

Apa kaitan "Solat Tahajjud dan Percintaan"?

Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan "Ibadat dan Cinta"?

Sudah tentu ia terlalu perlu! Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb, maka kita perlu bersolat dan beribadat kepada-Nya? Watak utama dalam novel "Tahajjud Cinta" adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai syakhsiah hidup mirip penakhluk Kota Konstantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Fatih merupakan pemuda yang sangat warak, cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri. Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh versi Nusantara. Fatih merupakan pemuda yang sangat unik. Menunaikan "Solat Tahajjud" pada sepertiga malam merupakan rutin harian wajib bagi dirinya. Dalam keadaan sesukar mana sekalipun, dirinya tetap mahu menunaikan solat yang amat dianjurkan dalam Islam. Ini kerana, bersihnya hati Fatih dari bergelumang dengan dosa sekitar Jakarta, maka secara tidak dia harapkan, 2 orang gadis Indonesia terpikat dengan kewarakan dan keikhlasan Fatih. Fatih bukanlah anak orang yang berada. Beliau merupakan pemandu kenderaan beroda tiga (Teksi) di Metropolitan Jakarta. Dengan pendapatan cukup makan, dia bersyukur memperolehi rezeki halal. Wang tersebut disimpan untuk diberikan kepada ayahnya di kampung untuk menyara persekolahan kedua-dua adik perempuannya yang bersekolah di Madrasah.

Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata. Dia merupakan siswa jurusan agama. Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga. Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu, menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal. Di situlah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh. Dan di situ jugalah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama, Khairu Nisa'. Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa' membawa pada pertemuan ilmuan. Mengapa pertemuan ilmuan? Kerana Nisa' kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa' juga menyertai ceramah tersebut. Terkedu lidah Nisa' apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.

Dari detik itulah, Nisa' mula mengenali Fatih. Dengan persoalan yang timbul dalam dirinya, Nisa' terus menerus bertanya kepada Fatih tentang hal-hal agama. Lagak seperti ulama', memang Fatih seorang yang cerdas dan cergas dalam mengulas isu agama berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itu yang membuatkan Nisa' selesa memperolehi ilmu dari Fatih. Dengan sikap Fatih yang tawadduk dan ikhlas dalam membantu, bermulanya saat rasa cinta Nisa' pada Fatih. Maka dibuatnya temujanji untuk slot soal jawab bersama Fatih pada masa akan datang.

Jadi kalau nak tahu cerita yang selanjutnya apa tunggu lagi. Belilah di kedai berhampiran anda…
Sila memilikinya sekarang...mari sama-sama kita membaca dan menghayatinya..!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails