Pages

Nuffnang

Rabu, 10 Mac 2010

BUAT YANG MENDUDUKI SPM 2009

Alhamdulillah….Bersua kembali, lama jugak tak menaip ni maklum lar sibuk sikit kebelakangan ni tugasan bertimbun-timbun perlu disiapkan. Mungkin ramai yang ternanti-nanti artikel apa yang penulis nak kongsi dengan anda semua. Komunikasi antara ahli alumni makin bertambah dengan kewujudan kumpulan Facebook Alumni SMK Teluk Bahang selain dari Friendster dan Blogger. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa yang mengendali blog Alumni SMK Teluk Bahang jadi penulis nak memperkenalkan diri penulis sebenarnya Muhammad Nabil Fikri Alias. Jadi rakan-rakan tak tertanya lagi siapa sebenarnya penulis. Erm…besok keputusan SPM 2009 akan keluar keputusanya. Calon-calon peperiksaan SPM tahun 2009 , pastinya sedang kecut perut berdegup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka penulis ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM .Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.
Maka, ini perkongsiannya.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan esok.


Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas wujud, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit. Pada orang begini, penulis ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.Pada orang sebegini, penulis suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut. “Eh, aku dapat 10A lar. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni” Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya. Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.
Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan? Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha. Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan? Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku.

Penulis ingin berkongsi dengan anda semua. Penulis bukanlah seorang yang boleh dikatakan cemerlang orangnya. Keputusan SPM pun sekadar lulus atau cukup makan jer. Tapi penulis bermula di bawah semula dan Alhamdulillah setahun lagi penulis akan bergelar Jurutera Komputer dan akan melanjutkan pelajaran lagi bagi bergelar pensyarah. Penulis bukan untuk berbangga tapi sekadar berkongsi cerita sebagai motivasi bagi adik-adik yang akan menempah cabaran hidup yang masih panjang. Hidup ini penuh dengan dugaannya. Bukan selalu kita beroleh kejayaan. Jadi berusahalah…

Penulis tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM/STAM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain. Kalau dilihat sekarang banyak yang belajar tinggi bila ditanya “studi kat mn’ jawapannya UM,USM, UiTM dan banyak lagi. Maksud saya bukan untuk merendahkan penuntut ini tapi sebilanganya moral nya rendah skali. Lebih mementingkan kekayaan wang dan harta daripada kekayaan budi bahasa dan adat ketimuran.

Ya… itulah dia kejayaan.
Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.
Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.
Semoga semua keputusan diterima dengan baik.
Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails