Nuffnang

Khamis, 25 Mac 2010

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM??

ALHAMDULILLAH penantian terhadap pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telahpun berakhir, dan kini kalangan remaja lepasan peperiksaan tersebut sudahpun mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing.

Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan kepada mereka. Kejayaan anda pastinya turut menjadi kebanggaan keluarga. Anak yang dididik, diasuh kini menjadi harapan keluarga untuk terus berjaya dan menjadi insan yang berbakti.

Bagi yang kurang berjaya pula, jadikanlah kehidupan pasca SPM ini sebagai lembaran baru ke arah mencipta kejayaan baru dalam bidang yang bakal diceburi. Masih tersedia pelbagai peluang melanjutkan pelajaran yang bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki.

Pemilihan Kursus Pengajian

Kini tibalah masanya untuk para lepasan SPM dan STPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Perbincangan kali ini memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif akhir kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains kemanusiaan atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut terkait pada aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja kelak. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Pemilihan Tempat Pengajian

Persoalan keduanya, institusi apakah yang menawarkan kursus yang berkaitan? Di dalam negara atau di luar negara? Kolej atau universiti? Kemudiannya, adakah kelayakan minimum untuk memohon kursus tersebut bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki?

Faktor suasana tempat pengajian perlu turut diambil kira memandangkan ia akan turut mempengaruhi prestasi pembelajaran kita. Adakah suasana tempat pengajian bersifat kondusif serta mempunyai kemudahan secukupnya atau tidak?

Bagaimana pula dengan corak budaya kehidupan kampus, sistem sokongan, persatuan pelajarnya, dan lain-lain lagi. Semestinya pelajar tidak akan dapat mengenali sepenuhnya persekitaran bakal kampus melainkan setelah menjadi pelajar kampus tersebut kelak.

Namun gambaran awal yang diperoleh dapat membantu pelajar dalam mempertimbangkan kesesuaian tempat pengajian tersebut. Ataupun seandainya pelajar telah bertekad memilih tempat pengajian tersebut, sekurang-kurangnya pelajar dapat bersedia dari segi mental untuk menghadapi serta mengadaptasi suasana baru kelak.

Faktor Kewangan

Sesuatu kursus yang ingin diikuti itu tentunya berserta kadar yuran tertentu yang perlu dibayar. Di samping itu, terdapat juga kos sara hidup sebagai seorang pelajar, kos alat perkakasan serta buku dan sebagainya.

Justeru, faktor kewangan juga merupakan satu aspek penting dalam proses pemilihan kursus pengajian. Persoalan tentang sejauh mana kemampuan pelajar dan keluarga untuk menanggung kos pengajian perlu dikaji serta dicari penyelesaiannya.

Yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mungkin jauh lebih murah berbanding di institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Kos pengajian di luar negara tentunya lebih tinggi berbanding di dalam negara.

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dapat membantu memberi pinjaman pendidikan kepada mereka yang layak. Namun adakah pinjaman yang disediakan mencukupi untuk menanggung kos pengajian keseluruhannya?

Alternatif lain adalah dengan memohon penajaan atau biasiswa daripada mana-mana badan berkanun atau syarikat swasta untuk menaja program pengajian yang bakal diikuti.

Namun keutamaan biasanya diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam SPM serta aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Walaubagaimanapun, terdapat juga tawaran biasiswa yang bakal dibuka setelah pelajar memasuki semester kedua tahun pertama. Pemilihan calon yang layak ketika ini pula berdasarkan kepada keputusan cemerlang yang diperoleh bagi semester pertama.

Akhir Kata

Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam.

Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah. Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Khamis, 18 Mac 2010

KEJOHANAN SUKAN IQRA 2010

Bersua kembali. Petang tadi penulis sempat membuka laman web sekolah ada artikel terbaru mengenai Sukan IQRA 2010. Penulis terkedu seketika apabila melihat majlis berlangsung dengan gah dan jayanya. Waktu penulis sekolah 2007 pun ada maskot rumah sukan jer..tak mcm sekarang siap dengan khemah. Seingat penulis maskot waktu tu badut, semut hitam yang lain tak ingat. Semua foto ni penulis ambil dari facebook cikgu2 sekolah. Jangan marah ar…Kejohanan Sukan Tahunan IQRA telah berlangsung dengan jayanya pada tahun ini. Setiap pasukan berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan rumah masing-masing. Hal ini dapat dilihat pada hiasan rumah sukan yang setiap satunya memang mampu memikat hati juri. Begitu juga dengan komitmen semua atlet dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan perbarisan setiap kontijen rumah sukan seterusnya bacaan doa dan ikrar kejohanan. Acara pada pagi ini telah dirasmikan oleh Encik Azizi bin Abdullah Sani, Penolong Pegawai PPD Barat Daya dengan simbolik perasmian melepaskan beberapa ekor burung merpati dari sangkar. Selepas acara perasmian, tetamu dihiburkan dengan tarian oleh Kumpulan Kebudayaan SMKTBg. Pada pagi ini telah diadakan pertandingan akhir acara padang seperti larian pecut 70m, 200m, 400 m, 4 x 100 m dan 4 x 400 m. Tambah menarik apabila acara tarik tali melibatkan pasukan ibubapa yang hadir dan guru-guru yang dimenangi oleh pasukan guru.

Piala Johan Kejohanan Sukan IQRA telah dimenangi oleh rumah Zamrud diikuti oleh Rumah Nilam dan Delima masing-masing di tempat yang kedua dan ketiga. Kalah menang bukan penentunya tetapi semangat yang ditonjolkan menjadi cermin ukuran.



















Selasa, 16 Mac 2010

MOTIVASI DIRI - GAGAL SPM BUKAN TITIK AKHIR HIDUP


AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan. Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya. Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT). Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang . Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah. "Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya. Pelajar yang gagal atau keputusan 'cukup makan' tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.

"Dahulu memang peluang melanjutkan pelajar untuk mereka yang tercorot agak tipis, kini dengan adanya pelbagai kolej dan pusat pendidikan swasta, pelajar hanya perlu bijak memilih kursus yang diminati. "Dengan kelulusan minimum yang pelajar ada, mereka boleh memohon kursus di bidang teknikal atau vokasional. "Latihan kemahiran di Giat Mara atau institusi pertanian membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran," katanya. Apabila memperoleh sijil nanti, mereka mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Bagaimana pula jika gagal memohon di mana-mana institusi atau pusat kemahiran? "Jangan risau kerana anda boleh bekerja dan dalam masa yang sama ambil kursus di mana-mana institusi atau mengulang semula peperiksaan SPM kembali. "Tetapi, perlu ada keazaman dan usaha gigih," katanya. Peluang kerjaya kini mempunyai banyak saingan dan pelajar perlu bijak memilih. Justeru, katanya, jika tiada pilihan lain, pelajar boleh menceburi bidang keusahawanan atau berniaga kecil-kecilan untuk mendapat pengalaman sebelum melabur dalam skil lebih besar. "Ketika bekerja, kumpul modal dan belajar ilmu pengurusan, insya-Allah dalam tempoh beberapa tahun, anda bakal menjadi usahawan berjaya. "Yang penting anda ada keinginan, semangat dan usaha untuk berjaya," katanya. Menurutnya, bidang keusahawanan menjanjikan masa depan yang cerah. Justeru, katanya, usah menangisi nasib sendiri apabila gagal kerana ia tidak membawa apa-apa, sebaliknya kumpul semangat yang masih ada untuk bangun dan melakukan sesuatu yang positif. "Perasaan sedih itu memang lumrah apatah jika berusaha tetapi keputusan yang diterima mengecewakan."Tetapi, anda tidak boleh terus menangis kerana kehidupan perlu diteruskan, inilah yang patut ada pada diri pelajar yang gagal, semangat dari kejatuhan," katanya. Beliau mengaku ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting memberi dorongan kepada anak-anak. "Sokongan ibu bapa diperlukan bagi mengubat pelajar yang dalam kesedihan. Mereka perlu peka dan prihatin. "Jangan memarahi atau mengaibkan mereka kerana ia memberi akibat yang buruk," katanya. Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pelajar yang gagal dalam SPM hari ini boleh berjaya di masa hadapan jika mereka bijak membimbing. Dalam perkembangan yang sama, Dr Sapora meminta pelajar yang gagal rajin melihat peluang lain yang ada."Jika masih bersedih dan tidak boleh menerima kenyataan terhadap kegagalan itu, jumpa guru kaunseling di sekolah."Rajin-rajinlah membelek surat khabar untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran," katanya.

Artikel dari Metro

Isnin, 15 Mac 2010

BUKU PILIHAN - TAHAJJUD CINTA

Tengahari kelmarin penulis dan rakan sempat berkunjung di Star Parade Alor Setar. Tujuan penulis adalah untuk membeli buku di Popular, kebetulan pula ada promosi 70%. Jadi seperti orang mengantuk disorongkan bantal apa lagi memborong buku lar jawabnya. Sedang penulis membelek buku, penulis ternampak sebuah buku iaitu"Tahajjud Cinta", agak menarik jugak buku ini kerana novel ini berusur Islamik menjadi santapan rohani. Terpampang di atas kulit hadapannya : "Best Seller Terjual Lebih Dari 50,000 di Indonesia. Untuk makluman anda buku ini telah diterjemahkan semula daripada bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia. Membaca tajuknya sahaja begitu menarik minat penulis untuk membelinya. Buku ini dijual pada harga RM27.90 tetapi disebabkan harga diskaun alamatnya murah sajalah.Tips penulis kalau nak membeli tunggu diskaun tapi kalau penulis, beli tak kira masa.

Ada apa dengan "Tahajjud Cinta"?

Apa kaitan "Solat Tahajjud dan Percintaan"?

Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan "Ibadat dan Cinta"?

Sudah tentu ia terlalu perlu! Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb, maka kita perlu bersolat dan beribadat kepada-Nya? Watak utama dalam novel "Tahajjud Cinta" adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai syakhsiah hidup mirip penakhluk Kota Konstantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Fatih merupakan pemuda yang sangat warak, cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri. Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh versi Nusantara. Fatih merupakan pemuda yang sangat unik. Menunaikan "Solat Tahajjud" pada sepertiga malam merupakan rutin harian wajib bagi dirinya. Dalam keadaan sesukar mana sekalipun, dirinya tetap mahu menunaikan solat yang amat dianjurkan dalam Islam. Ini kerana, bersihnya hati Fatih dari bergelumang dengan dosa sekitar Jakarta, maka secara tidak dia harapkan, 2 orang gadis Indonesia terpikat dengan kewarakan dan keikhlasan Fatih. Fatih bukanlah anak orang yang berada. Beliau merupakan pemandu kenderaan beroda tiga (Teksi) di Metropolitan Jakarta. Dengan pendapatan cukup makan, dia bersyukur memperolehi rezeki halal. Wang tersebut disimpan untuk diberikan kepada ayahnya di kampung untuk menyara persekolahan kedua-dua adik perempuannya yang bersekolah di Madrasah.

Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata. Dia merupakan siswa jurusan agama. Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga. Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu, menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal. Di situlah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh. Dan di situ jugalah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama, Khairu Nisa'. Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa' membawa pada pertemuan ilmuan. Mengapa pertemuan ilmuan? Kerana Nisa' kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa' juga menyertai ceramah tersebut. Terkedu lidah Nisa' apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.

Dari detik itulah, Nisa' mula mengenali Fatih. Dengan persoalan yang timbul dalam dirinya, Nisa' terus menerus bertanya kepada Fatih tentang hal-hal agama. Lagak seperti ulama', memang Fatih seorang yang cerdas dan cergas dalam mengulas isu agama berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itu yang membuatkan Nisa' selesa memperolehi ilmu dari Fatih. Dengan sikap Fatih yang tawadduk dan ikhlas dalam membantu, bermulanya saat rasa cinta Nisa' pada Fatih. Maka dibuatnya temujanji untuk slot soal jawab bersama Fatih pada masa akan datang.

Jadi kalau nak tahu cerita yang selanjutnya apa tunggu lagi. Belilah di kedai berhampiran anda…
Sila memilikinya sekarang...mari sama-sama kita membaca dan menghayatinya..!!!

Sabtu, 13 Mac 2010

FOTO MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2010

Hai semua hari ni penulis nak kongsikan untuk tatapan anda sekitar Majlis Perlantikan Pengawas Perpustakaan 2010. Majlis ni berlangsung dengan gahnya.
panglima segak bergaya



barisan pustakawan sumpah taat setia
menerima watikah dari dif kehormat

inilah dia pengetua

guru selia pustakaan

sebelum majlis

Rabu, 10 Mac 2010

BUAT YANG MENDUDUKI SPM 2009

Alhamdulillah….Bersua kembali, lama jugak tak menaip ni maklum lar sibuk sikit kebelakangan ni tugasan bertimbun-timbun perlu disiapkan. Mungkin ramai yang ternanti-nanti artikel apa yang penulis nak kongsi dengan anda semua. Komunikasi antara ahli alumni makin bertambah dengan kewujudan kumpulan Facebook Alumni SMK Teluk Bahang selain dari Friendster dan Blogger. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa yang mengendali blog Alumni SMK Teluk Bahang jadi penulis nak memperkenalkan diri penulis sebenarnya Muhammad Nabil Fikri Alias. Jadi rakan-rakan tak tertanya lagi siapa sebenarnya penulis. Erm…besok keputusan SPM 2009 akan keluar keputusanya. Calon-calon peperiksaan SPM tahun 2009 , pastinya sedang kecut perut berdegup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka penulis ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM .Untuk muhasabah diri, juga mempersiapkan hati agar redha dan bersyukur dengan segala keputusan.
Maka, ini perkongsiannya.

Istimewa buat kamu yang mengambil keputusan esok.


Hari pelbagai rasa

Hari mengambil keputusan, cuacanya adalah warna warni. Ada yang cuacanya mendung dengan kekecewaan, ada yang cuacanya hujan dengan tangisan, ada yang cuacanya mentari cerah dengan kecemerlangan, ada yang juga yang mempunyai cuaca terik kerana ujub dan riyak dengan kecemerlangannya.

Hari mengambil keputusan, hari pelbagai rasa.

Berada di tengah-tengah kekalutan suasana itu, kita akan jadi tidak keruan. Kadangkala hilang arah. Yang keputusannya buruk mungkin akan rasa sangat rendah diri, lantas kecewa tidak bertepi seakan esok tiada lagi untuk diri. Yang keputusannya bagus, cemerlang mungkin akan rasa sangat gembira, kadangkala sehingga telupa kejayaan itu diberikan oleh-Nya, lantas wujud, riya’, takabbur seakan-akan dia akan berjaya hingga ke akhirat sana.

Bagi yang studi penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya.

Pada hari mengambil keputusan, yang paling kuat tangisannya adalah mereka yang telah bergadang untuk berjaya. Mereka studi hingga lewat malam, kurang tidur, kurang main, dan mengorbankan banyak kelapangannya untuk studi. Bila berjaya, dia rasa jiwanya sangat lapang dan dirinya seakan terawang ke langit. Pada orang begini, penulis ingin berpesan, segera kembalikan kegembiraan kamu itu kepada Allah SWT. Sesungguhnya, studi penat lelah kamu tidak lain hanyalah usaha. Allah jugalah yang memberikannya. Pantaslah kamu bersyukur, agar nanti Allah menambahkan kejayaan buat kamu di masa hadapan.

Bagi yang studi penat lelah, tetapi akhirnya keputusannya tidak cemerlang

Akan wujud juga, manusia-manusia yang telah berkorban pelbagai perkara, berhabis duit ke kelas tuisyen, bergadang studi menghafal formula, tetapi keputusan peperiksaannya tidak cemerlang. Malah mungkin jatuh merudum ke tahap yang dia juga tidak sangka akan begitu keputusannya.Pada orang sebegini, penulis suka mengingatkan bahawa, Allah SWT mengarahkan manusia hanya untuk berusaha. Natijah, keputusan itu adalah kerja Allah SWT. Maka hakikatnya kamu tidak gagal. Bahkan kamu berjaya kerana telah berusaha dengan penuh kesungguhan. Yakinlah bahawa, keputusan kamu yang teruk selepas kamu usaha keras itu, adalah perjalanan yang Allah SWT susunkan untuk kamu menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Bukannya untuk kamu kecewa dan jatuh tidak ke mana.

Yang tidak studi sungguh-sungguh, tetapi berjaya dengan cemerlang

Akan ada juga orang yang terkejut. “Eh, aku dapat 10A lar. Tak sangka gila. Aku dah la tak studi. Main je banyak. Hu3.. mantap gila aku ni” Dan ayat-ayat yang lebih kurang terkeluar dari mulutnya. Dia terkejut kerana dia tidak bersungguh-sungguh. Studinya ala kadar. Dia juga tidak hormat gurunya. Dia juga tidak menjalankan amanah Allah. Tidak berdoa, tidak susah-susah qiamullail bersolat hajat. Tetapi dia berjaya. Pada orang begini, suka saya ingatkan. Jangan sesekali anda rasa ajaib dengan diri anda. Tiada yang istimewanya. Sepatutnya anda berterima kasih kepada Allah yang menyelamatkan anda dari kekecewaan dan malu. Walaupun anda tidak berusaha keras, Allah masih melimpahkan kasih sayangnya dengan mencemerlangkan anda. Jangan rasa ini sesuatu yang hebat. Malah rasailah diri itu dihargai oleh Allah SWT. Jangan biarkan nikmat ini bertukar menjadi istidraj(Allah beri nikmat untuk diri makin lupa dan jauh pada Allah).

Yang tidak studi sungguh, dan keputusannya teruk.

Ada golongan yang akan merasakan penyesalan yang teramat sangat. Dia mula melihat betapa kebodohannya dengan tidak studi selama ini, memberikannya keputusan yang sangat hodoh dan menyesakkan. Dia mula melihat masa hadapannya gelap dan memandang dirinya tidak bermakna.
Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Inilah dia teguran Allah SWT. Sepatutnya anda menggunakan titik ini sebagai stesen muhasabah. SPM/STAM bukan segala-galanya. Hidup tidak berakhir dengan SPM/STAM. Tanyalah pada diri, apakah kepahitan keputusan teruk ini ingin anda ulangi pada bahagian kehidupan anda di masa hadapan? Sesungguhnya, Allah masih mengurniakan kamu nyawa, masa, dan kehidupan untuk kamu terus berusaha. Maka, apa yang anda tunggu dalam kekecewaan? Keluarlah dari selaput kehinaan. Ubah diri. Belajar dari kegagalan.

Ini pesananku.

Penulis ingin berkongsi dengan anda semua. Penulis bukanlah seorang yang boleh dikatakan cemerlang orangnya. Keputusan SPM pun sekadar lulus atau cukup makan jer. Tapi penulis bermula di bawah semula dan Alhamdulillah setahun lagi penulis akan bergelar Jurutera Komputer dan akan melanjutkan pelajaran lagi bagi bergelar pensyarah. Penulis bukan untuk berbangga tapi sekadar berkongsi cerita sebagai motivasi bagi adik-adik yang akan menempah cabaran hidup yang masih panjang. Hidup ini penuh dengan dugaannya. Bukan selalu kita beroleh kejayaan. Jadi berusahalah…

Penulis tidak memandang kejayaan dengan neraca manusia. Ada sahaja yang cemerlang SPM/STAM tetapi gagal di universiti. Ada sahaja yang dikatakan berjaya di medan kerjaya tetapi rosak di bahagian lain. Kalau dilihat sekarang banyak yang belajar tinggi bila ditanya “studi kat mn’ jawapannya UM,USM, UiTM dan banyak lagi. Maksud saya bukan untuk merendahkan penuntut ini tapi sebilanganya moral nya rendah skali. Lebih mementingkan kekayaan wang dan harta daripada kekayaan budi bahasa dan adat ketimuran.

Ya… itulah dia kejayaan.
Semoga, anda semua berjaya. Di dunia dan di akhirat.
Saya doakan yang terbaik untuk kalian buat esok hari.
Semoga semua keputusan diterima dengan baik.
Hal ini kerana, segala keputusan adalah yang terbaik daripada Allah SWT.

Khamis, 4 Mac 2010

MENGGAMIT RINDU BILA KITA AKAN BERTEMU

Alhamdulillah, pihak kami menerima respon yang sangat baik daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang. Dan kebanyakan ahli alumni bertanya kepada penulis aktiviti apa yang akan dirancang dan bila tarikhnya dan menyatakan tidak sabar untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. Penulis juga kesal segelintir pihak yang memperkecilkan usaha dalam menubuhkan persatuan alumni ini. Jadi penulis ingin mengingatkan kepada yang sering mengkritik bahawa tujuan utama penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini bukan sekadar untuk bertemu dan gelak tawa tetapi menjadi medan ataupun jambatan penghubung diantara bekas pelajar dan guru bersama membantu pihak sekolah dalam menjayakan moto, visi dan misi sekolah. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan dan cadangan yang diberikan. Pihak kami sangat menghargai sokongan dan pandangan daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang yang dikasihi. Setiap emel atau mesej kami akan jawab sebaik mungkin demi ukhwah dan amanah yang ditaklifkan. Pada kali ini pihak kami memaparkan posting tentang alumni. Semoga pihak kami mendapat respon dan cadangan yang lebih bernas daripada rakan-rakan bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang. Bantu kami untuk Bantu anda. Sokongan anda adalah penentu kejayaan ALUMNI SMK Teluk Bahang


1- Apakah itu alumni?

Alumni ialah sebuah pertubuhan atau organisasi yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar dan guru serta staff.


2- Apakah dia Alumni SMK Teluk Bahang?


Alumni SMK Teluk Bahang ialah persatuan bagi alumni bekas-bekas pelajar dan guru serta staf SMK Teluk Bahang. Buat masa ini Alumni SMK Teluk Bahang masih lagi dalam peringkat penubuhan. Pihak Kami sedang mengusahakan perjumpaan atau reunion besar-besaran bagi menjayakan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini.


3- Apakah tujuan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini secara amnya?


a) Menjadi medium utama yang menghubungkan antara bekas-bekas pelajar, guru, staff dan warga SMK Teluk Bahang
b) Mengukuhkan ukhwah di antara semua bekas pelajar dan guru


4- Apakah aktiviti yang boleh dianjurkan oleh Alumni SMK Teluk Bahang sekiranya ia berjaya ditubuhkan?

Sekiranya Alumni SMK Teluk Bahang ini berjaya ditubuhkan, maka terpulanglah kepada ahli jawatankuasa yang dilantik bagi membentuk perancangan dan modus operandi tersendiri. Namun, kita sebagai bekas pelajar dan guru SMK Teluk Bahang boleh memberikan saranan dan pendapat untuk kebaikan bersama. Lantaran itu, pihak kami amat berharap cetusan idea dari anda semua dalam menjayakan penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang.

Antara contoh-contoh aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dianjurkan oleh Alumni SMK Teluk Bahang kelak:

a) Menganjurkan hari keluarga di mana-mana resort atau tempat pelancongan dan bermalam di sana
b) Majlis Sambutan Aidilfitri
c) Laman Web dan Forum secara rasmi
d) Mengadakan mensyuarat agung

e) Menganjurkan reunion besar-besaran antara bekas pelajar dan bekas guru SMK Teluk Bahang
f) Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk adik-adik junior yang masih bersekolah seperti kursus kepimpinan, seminar motivasi, seminar alam kerjaya dan alam universiti dan sebagainya sebagai satu transit menabur jasa di sekolah lama kita semula. ( atas permintaan sekolah )

Selebihnya, anda boleh cadangkan kepada perwakilan alumni kelak.


5- Apakah sumbangan yang mungkin boleh diberikan oleh Alumni SMK Teluk Bahang?

Banyak. Sekiranya Alumni SMK Teluk Bahang ini berjaya ditubuhkan memang banyak membantu bekas-bekas pelajar, guru-guru mahu pun adik-adik junior yang masih sekolah. Antaranya:

a) Konsultan

Kami percaya, ada diantara bekas-bekas pelajar dan guru telah berjaya menjadi seorang yang berguna. Dengan penubuhan alumni ini, komunikasi di antara semua bekas-bekas pelajar atau guru SMK Teluk Bahang mendapatkan khidmat konsultan daripada rakan-rakan pelajar dari sekolah yang sama menjadi lebih mudah. Dalam situasi begini, alumni pasti dapat membantu. Melalui alumni mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dapat dihubungi dengan cara yang mudah. Hal ini bukan sahaja merapatkan ukhwah, menjimatkan masa, malah menguntungkan semua pihak. Selain itu, melalui alumni adik-adik junior boleh mendapatkan overview mengenai alam kerjaya. Bekas-bekas pelajar yang berjaya boleh menjadi ikon yang cemerlang dan sumber inspirasi bagi mereka. Mahu berjaya di mana sahaja pun boleh termasuklah di SMK Teluk Bahang

b) Merealisasikan cadangan anda


Sekiranya cadangan anda bersesuaian, pihak alumni akan melaksanakannya. Alumni sememangnya berfungsi sebagai pelaksana suara ahli-ahlinya. Selebihnya,Ahli Majlis Alumni SMK Teluk Bahang akan membuat perbincangan dalam melaksanakan cadangan anda


6) Adakah saya layak menjadi ahli Alumni SMK Teluk Bahang?


Ya, anda layak sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Bekas pelajar, guru, staff SMK Teluk Bahang
b) Telah menduduki PMR, SPM atau tamat bersekolah
c) Kelayakan juga termasuklah bagi mereka yang hanya sempat bersekolah sehari, sebulan atau setahun.


7) Bagaimana penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini dilakukan?


Penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang ini akan dijalan secara berperingkat. Anda diharapkan sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui perkembangan lanjut. Untuk makluman anda Ahli Majlis Alumni SMK Teluk Bahang telah dilantik. Dan sedang merancang untuk mengadakan mesyuarat agung yang pertama. Buat masa ini, pihak kami sedang giat dan fokus melakukan promosi bagi mewar-warkan reunion dan penubuhan alumni ini. Pihak kami sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada seramai mungkin bekas pelajar, guru dan staf SMK Teluk Bahang memandangkan reunion kali ini secara besar-besaran.
Promosi kami juga berjalan secara berperingkat-peringkat dengan strategi tertentu. Komuniti alumni ini juga terdapat di blogger.com, Friendster, dan Facebook. Dan kami merancang untuk menambah lagi satu medium iaitu Twittwer. Justeru itu, pihak kami mengharapkan jasa baik anda semua supaya menghebahkan hal ini kepada rakan-rakan bekas pelajar, guru dan staff SMK Teluk Bahang.

SOKONGAN ANDA PENENTU KEJAYAAN ALUMNI SMK TELUK BAHANG

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails