1
| Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPT) :-
- Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS) Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS) |
2 | Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa. |
3 | Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum. |
4 | Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus. |
5 | Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran. |
6 | Semak samada tenaga pengajar adalah terdiri daripada meraka yang berkelayakan dan berpengalaman. Contohnya tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada yang memiliki Ijazah Sarjana Muda. |
7 | Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap. |
8 | Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh di nilai berasaskan track record IPTS. |
9 | Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fees refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan. |
| |
| |
0 ulasan:
Catat Ulasan