Semakan & Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2011
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012 akan boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka. Ini adalah proses mengemaskini permohonan matrikulasi sahaja, tiada permohonan baru yang boleh dibuat.
Tarikh Semakan
- Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 21 Februari 2011sehingga 6 Mac 2011.
Proses Semakan
- Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran, Aplikasi Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2011/2012.
- Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
- Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di03 8884 4036/4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
- Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan