Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Julai 2011.
Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Ketika ini terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara.
Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program tersebut.
Kategori Politeknik
Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
Politeknik Premier
Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
Politeknik Konvensional
Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
Politeknik Metro
Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.
Syarat Permohonan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan memenuhi syarat ;
- Pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengisi eBorang.
Cara Permohonan
Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 3 katergori.
Permohonan UPU
- Permohonan melalui UPU ini bagi pemohon lepasan SPM dan setaraf.
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012.
- Borang Permohonan UPU
Permohonan Terus
- Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
- Lulusan Sijil Politeknik KPT
- Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
- Lulusan Diploma Politeknik KPT
- Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Sila rujuk Maklumat Permohonan Lepasan Sijil / Diploma Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Lepasan Kolej Matrikulasi.
- Borang Permohonan Terus.
Permohonan Khas
- Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
- Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sila rujuk Permohonan ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik.
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan ditutup pada 4 April 2011.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan diumumkan pada :
- 22 Mei 2011 untuk Program Diploma, Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik, Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik.
- 4 Julai 2011 untuk Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan) (AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif (AAD)
Maklumat
- Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8883 5858 atau Talian Am 03 8883 5801 / 5802 atau e-mel :upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
- Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Terus dan Khas boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.
0 ulasan:
Catat Ulasan