Pages

Nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Buku Pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Pilihan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Februari 2011

Buku Pilihan - Cucur Bawang & Kopi 'O'


Assalamualaikum.. untuk slot Buku Pilihan... novel yang dipilih adalah Novel Cucur Bawang & Kopi 'O'.. yang merupakan sebuah karya novelis muda Hasrudi Jawawi.. Admin memang mengikuti novel-novel karya penulis muda ini antaranya Aku Bukan Malaikat..boleh rujuk dekat admin blog.. NabilStory...  berikut merupakan sedikit sinopsis Cucur Bawang & Kopi 'O' dan untuk pengetahuan anda semua.. buku ini berada di tangga PERTAMA carta MPH BESTSELLER 6hn FEB 2011

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Isnin, 15 Mac 2010

BUKU PILIHAN - TAHAJJUD CINTA

Tengahari kelmarin penulis dan rakan sempat berkunjung di Star Parade Alor Setar. Tujuan penulis adalah untuk membeli buku di Popular, kebetulan pula ada promosi 70%. Jadi seperti orang mengantuk disorongkan bantal apa lagi memborong buku lar jawabnya. Sedang penulis membelek buku, penulis ternampak sebuah buku iaitu"Tahajjud Cinta", agak menarik jugak buku ini kerana novel ini berusur Islamik menjadi santapan rohani. Terpampang di atas kulit hadapannya : "Best Seller Terjual Lebih Dari 50,000 di Indonesia. Untuk makluman anda buku ini telah diterjemahkan semula daripada bahasa Indonesia kepada Bahasa Malaysia. Membaca tajuknya sahaja begitu menarik minat penulis untuk membelinya. Buku ini dijual pada harga RM27.90 tetapi disebabkan harga diskaun alamatnya murah sajalah.Tips penulis kalau nak membeli tunggu diskaun tapi kalau penulis, beli tak kira masa.

Ada apa dengan "Tahajjud Cinta"?

Apa kaitan "Solat Tahajjud dan Percintaan"?

Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan "Ibadat dan Cinta"?

Sudah tentu ia terlalu perlu! Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb, maka kita perlu bersolat dan beribadat kepada-Nya? Watak utama dalam novel "Tahajjud Cinta" adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai syakhsiah hidup mirip penakhluk Kota Konstantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh. Fatih merupakan pemuda yang sangat warak, cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri. Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh versi Nusantara. Fatih merupakan pemuda yang sangat unik. Menunaikan "Solat Tahajjud" pada sepertiga malam merupakan rutin harian wajib bagi dirinya. Dalam keadaan sesukar mana sekalipun, dirinya tetap mahu menunaikan solat yang amat dianjurkan dalam Islam. Ini kerana, bersihnya hati Fatih dari bergelumang dengan dosa sekitar Jakarta, maka secara tidak dia harapkan, 2 orang gadis Indonesia terpikat dengan kewarakan dan keikhlasan Fatih. Fatih bukanlah anak orang yang berada. Beliau merupakan pemandu kenderaan beroda tiga (Teksi) di Metropolitan Jakarta. Dengan pendapatan cukup makan, dia bersyukur memperolehi rezeki halal. Wang tersebut disimpan untuk diberikan kepada ayahnya di kampung untuk menyara persekolahan kedua-dua adik perempuannya yang bersekolah di Madrasah.

Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata. Dia merupakan siswa jurusan agama. Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga. Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu, menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal. Di situlah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh. Dan di situ jugalah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama, Khairu Nisa'. Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa' membawa pada pertemuan ilmuan. Mengapa pertemuan ilmuan? Kerana Nisa' kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa' juga menyertai ceramah tersebut. Terkedu lidah Nisa' apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.

Dari detik itulah, Nisa' mula mengenali Fatih. Dengan persoalan yang timbul dalam dirinya, Nisa' terus menerus bertanya kepada Fatih tentang hal-hal agama. Lagak seperti ulama', memang Fatih seorang yang cerdas dan cergas dalam mengulas isu agama berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Itu yang membuatkan Nisa' selesa memperolehi ilmu dari Fatih. Dengan sikap Fatih yang tawadduk dan ikhlas dalam membantu, bermulanya saat rasa cinta Nisa' pada Fatih. Maka dibuatnya temujanji untuk slot soal jawab bersama Fatih pada masa akan datang.

Jadi kalau nak tahu cerita yang selanjutnya apa tunggu lagi. Belilah di kedai berhampiran anda…
Sila memilikinya sekarang...mari sama-sama kita membaca dan menghayatinya..!!!

Selasa, 2 Februari 2010

BUKU PILIHAN - 9 NYAWA


Selasa . 2/2/2010. Salam 1Malaysia. Bersua kembali dalam slot Buku Pilihan bulan Februari ini, penulis ingin berkongsi sebuah buku yang baru penulis beli, berjudul 9 NYAWA karya Ramlee Awang Murshid. Novel ini adalah sebuah Novel Thriller Nombor 1Malaysia. Novel ini pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Harga buku ini RM 19.90 tapi penulis dapat diskaun 20% jadi harga yang penulis dapat RM 15.90. Tips penulis kalau ingin membeli buku tunggu potongan diskaun. Novel ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki dan seorang wanita bertemu di alam paranormal. Pertemuan ini merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal. Dibawah adalah watak utama 9 NYAWA:-

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai.

Jadi jangan lupa dapatkan novel thriller no 1 tahun ini. Sekian …….

Jumaat, 8 Januari 2010

BUKU PILIHAN - DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN

CETAKAN PERTAMA
CETAKAN KEDUA

Bagi slot Buku Pilihan bulan ini penulis ingin berkongsi salah satu koleksi buku kegemaran penulis yang bertajuk Dari Kepala Batas Ke New Haven. Buku ini sebenarnya adalah sebuah novel motivasi yang sesuai dibaca peringkat umur lebih-lebih lagi bagi remaja yang sedang meningkat umur. Bagi sesiapa yang ingin membeli buku ini penulis menyarankan membeli dari internet dengan menaip tajuk buku ini saja. Ini kerana buku ini agak susah dicari di kedai buku sebab penulis pun menempah buku ini di kedai buku Popular kerana stok dah habis. Jadi dibawah ini adalah sinopsis buku ini. Memang syok habis…

Buku ini mengisahkan seorang remaja yang membesar penuh dugaan dan cabaran, dicaci dihina dan dihimpit kemiskinan hidup, Khalili keluar dari kesengsaraan, belajar dari keperitan hidup, lalu mejadi manusia yang berguna. Buku ini menjurus kepada catatan kehidupan (diari) seorang remaja yang membesar dalam serba kekurangan, tapi akhirnya berjaya ke menara gading dan perkara2 kecil yang dilakukan semasa susah (menjual kuih ibu) telah banyak mengajar erti kehidupan dan perniagaan Kematian ayah tersayang tanpa diduga akibat barah menjadikan kehidupan Khalili bersama ibu dan adik-adik terumbang-ambing. Harapan dan bantuan daripada sanak saudara umpama harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dibaluti segala keperitan hidup, yang dipandang hanyalah kesilapan, bukan kebaikan diri. Lalu apakah yang perlu dilakukan? Hanya kecekalan hati dan kasih sayang daripada ibu dan adik-beradik menjadi pembakar semangat untuk terus mewajai harapan dan cita-cita. Dari Kepala Batas ke New Haven, satu pementasan hidup perjuangan anak muda dalam mengejar cita-cita dan impian. Hidup ini satu perjalanan yang hebat, dan kehebatan itu hanya terserlah selepas impian tercapai melalui satu rentetan suka dan duka.

Ikuti kisah Khalili yang penuh motivasi, bagaimana dia berusaha dari Kepala Batas, Eropah, UK sehingga ke New Haven dengan membeli terus dari internet atau membaca secara percuma dari internet

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails