Institut dan Pusat Latihan
Institut dan pusat latihan yang terbabit adalah;
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Institut Teknikal Jepun (JMTI)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Mara (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kategori Permohonan
Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA dibahagi kepada kategori berikut;
- Lepasan SPM atau setaraf
- Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Kategori 1 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 1
- Kategori 2 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 2
- Kategori 3 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 3
- Kategori 4 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 4/ DKM
- Lepasan Sekolah Menengah
- Kategori O – Memiliki Sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR/ SRP/ PMR
Syarat Kemasukan
Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA juga mempunyai syarat am dan khas yang minimum perlu dipenuhi.
Syarat Am
Calon perlu mempunyai kelayakan minimum;
- Warganegara Malaysia; DAN
- Boleh membaca, menulis dan mengira
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pusat latihan atau institusi berdasarkan kursus yang dipohon.
Permohonan
- Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA terbahagi kepada dua;
- Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SPM atau setaraf
- Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah
- Permohonan dibuka mulai 10 Januari sehingga 4 April 2011.
- Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya tiga kursus dan maksima lima kursus.
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online untuk
- Berkelayakan Lepasan SPM atau setaraf di Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
- Berkelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah di Permohonan Kemasukan Ke TEVT dan ILKA Ambilan Julai 2011
Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah 4 April 2011.
Maklumat
- Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan Maklumat Syarat Kemasukanuntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Permohonan ke IPTA, TEVT dan ILKA sebelum membuat permohonan.
- Sila rujuk juga kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel :upu@mohe.gov.my