Pages

Nuffnang

Ahad, 31 Januari 2010

FOTO KEM ASRAMA 2009

SALAM SEMUA, SEPERTI YANG DIJANJIKAN PENULIS AKAN MELETAK GAMBAR KEM ASRAMA 2009 YANG BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA. SORY SEBAB PENULIS BARU DAPAT DALAM FRIENSTER KAWAN KITA IAITU SAUDARA ZULAFENDI

dari kanan, nabil, tarmizi, zuraid, aznidar
bawah kanan, zulafendi, aisyah, ernie

tengah posing
malam last, persembahan pelajar
abang n' kakak fasi
persembahan pelajar
antara rakan yang hadir kanan sekali zuraid,aznidar,aisyah,
zul n' nabil

Isnin, 25 Januari 2010

KOLEKSI VIDEO

Ahad, 24 Januari 2010

MENGIMBAU KENANGAN, MENGGAMIT MEMORI......






















Sabtu, 16 Januari 2010

SEPANJANG JALAN KENANGAN


Hai Assalamualaikum semua, salam 1 Malaysia rakan-rakan alumni. Dah beberapa hari penulis tak menekan kekunci di laptop penulis. Sebenarnya banyak yang penulis nak cerita tapi tu la tak sempat mengadap laptop. Terkejut jugak penulis tengok jumlah pengunjung yang hampir mencecah 200 kunjungan. Famous jugak lar blog alumni kite ni. Penulis percaya pasti ramai yang tertunggu-tunggu artikel apela yang penulis nak taipkan?. Sekarang ni penulis nak ajak rakan-rakan mengimbau kembali kenangan ketika masih memakai baju sekolah….tutup mata sekejap dan… bayangkan… Indahkan? Kali ini penulis nak letak gambar pemandangan sekitar sekolah yang penulis ada. Penulis percaya hati rakan-rakan pasti menggamit rindu sewaktu bersekolah. Baru-baru ni waktu bulan 12 sempat jugak penulis dan rakan-rakan berkunjung kesekolah dan asrama pasal alumni, lupa pulak nak ambil gambar terkini kat sekolah. Ish..Tengokla InsyALLAH awal tahun ni bulan 2 atau 3 penulis nak jumpa pengetua sekolah yang baru Cikgu Rashid nak tanya pendapat dan persetujuan mengenai penubuhan alumni sekolah. Ketika penulis dan rakan berkunjung ke sekolah baru-baru ini, pelbagai perubahan yang telah berlaku di situ. Antara perubahan-perubahan itu bermula dari hadapan sekolah di laluan pejalan kaki terdapat salah satu CCTV yang terdapat di sekolah, bagus jugak boleh pantau pelajar. Pengawas sekolah pun dah baju rasmi warna unggu tapi bukan unggu terang tau unggu cerah. Penulis pun sempat pakai baju pengawas dalam 2 tahun, dengar cerita seluar pengawas dah berganti dari unggu gelap ke warna hitam. Tukar…tukar jugak semangat mau ada.hehe….Dekat belakang sekolah dah ada kebun sayur tapi tak tau ler pulak pokok apa yang ditanam, seingat penulis buah terung Dalam aspuri pun dah ada kebun. Dekat kuarters guru pulak ada satu sangkar burung yang besar macam-macam spesies ada. Kalau dulu waktu penulis masih bersekolah budak asrama yang jaga sangkar tu, waktu tu kami bela arnab dan burung Nuri. Asrama makin bertambah seri sekarang ni sebab dah ada Pintu Gerbang kat dalam sekolah, seingat penulis ada satu ayat dekat atas pintu gerbang tu sungguh-sungguh, bersungguh-sungguh, kesungguhan.Tak tau la pulak betul ke tidak. Ada lagi satu cogan kata KRS yang baru iaitu ‘We Are No. 1’ kalau nak tau KRS SMKTBG ada matlamat untuk jadi johan kawad kaki kebangsaan. InsayALLAH kalau berusaha pasti ada kejayaan. AMIN……asrama pun dah ada meja Prep yang baru tu pun waktu penulis ada lagi sekarang ni tak tau la apa da jadi. Yang seronoknya meja ni siap dengan rak buku, selesa pun selesa. Bilik Tarian pun ada , nama bilik tu Bilik Gemalai Tari, selalunya digunakan untuk latihan tarian, nyanyian dan pengucapan awam. Bilik mesyuarat asrama pun dah ada sekarang, memang cantik macam klasik je. Dewan makan lagi la berseri dengan hiasan warna rasmi unggu.





Menyaksikan gambar-gambar ini, hati tidak terpalit rindukah? Tidak mahu bertemukah dengan kawan-kawan satu kelas, satu kelas, satu persatuan, satu asrama... satu... satu, tingkatan satu, tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, tingkatan 5…………

Isnin, 11 Januari 2010

ARTIKEL MENARIK - HUKUM SERTAI FACEBOOK


Penulis ada terbaca satu artikel menarik di dalam akhbar Harian Metro jadi penulis ingin berkongsi artikel ini kepada anda semua mengenai hukum sertai facebook. Klik dibawah untuk keterangan lanjut
myMetro | Hukum sertai Facebook

KISAH DUNIA - MENARA ATAS AWAN


Bulan in penulis ingin berkongsi dengan semua rakan alumni mengenai menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa atau sebelumnya dikenali sebagai Burj Dubai. Untuk melihat artikel menarik Kisah Dunia bulan ini klik dibawah untuki keterangan lanjut

myMetro | Menara atas awan

Jumaat, 8 Januari 2010

BUKU PILIHAN - DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN

CETAKAN PERTAMA
CETAKAN KEDUA

Bagi slot Buku Pilihan bulan ini penulis ingin berkongsi salah satu koleksi buku kegemaran penulis yang bertajuk Dari Kepala Batas Ke New Haven. Buku ini sebenarnya adalah sebuah novel motivasi yang sesuai dibaca peringkat umur lebih-lebih lagi bagi remaja yang sedang meningkat umur. Bagi sesiapa yang ingin membeli buku ini penulis menyarankan membeli dari internet dengan menaip tajuk buku ini saja. Ini kerana buku ini agak susah dicari di kedai buku sebab penulis pun menempah buku ini di kedai buku Popular kerana stok dah habis. Jadi dibawah ini adalah sinopsis buku ini. Memang syok habis…

Buku ini mengisahkan seorang remaja yang membesar penuh dugaan dan cabaran, dicaci dihina dan dihimpit kemiskinan hidup, Khalili keluar dari kesengsaraan, belajar dari keperitan hidup, lalu mejadi manusia yang berguna. Buku ini menjurus kepada catatan kehidupan (diari) seorang remaja yang membesar dalam serba kekurangan, tapi akhirnya berjaya ke menara gading dan perkara2 kecil yang dilakukan semasa susah (menjual kuih ibu) telah banyak mengajar erti kehidupan dan perniagaan Kematian ayah tersayang tanpa diduga akibat barah menjadikan kehidupan Khalili bersama ibu dan adik-adik terumbang-ambing. Harapan dan bantuan daripada sanak saudara umpama harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dibaluti segala keperitan hidup, yang dipandang hanyalah kesilapan, bukan kebaikan diri. Lalu apakah yang perlu dilakukan? Hanya kecekalan hati dan kasih sayang daripada ibu dan adik-beradik menjadi pembakar semangat untuk terus mewajai harapan dan cita-cita. Dari Kepala Batas ke New Haven, satu pementasan hidup perjuangan anak muda dalam mengejar cita-cita dan impian. Hidup ini satu perjalanan yang hebat, dan kehebatan itu hanya terserlah selepas impian tercapai melalui satu rentetan suka dan duka.

Ikuti kisah Khalili yang penuh motivasi, bagaimana dia berusaha dari Kepala Batas, Eropah, UK sehingga ke New Haven dengan membeli terus dari internet atau membaca secara percuma dari internet

Khamis, 7 Januari 2010

TERKINI DARI ALUMNI

KLINIK 1 MALAYSIA YANG KE-44

KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 Klinik 1Malaysia sudah beroperasi di seluruh negara sejak 1 januari lalu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan rancangan kerajaan membangunkan 50 klinik 1Malaysia di seluruh negara sepanjang Januari. "Sasaran dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM10 juta bagi membangunkan Klinik 1Malaysia tercapai," katanya selepas melancarkan klinik ke-44 di Kerinchi di sini sebentar tadi.

PHD DI UTM HANYA TIGA TAHUN

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membangunkan satu sistem yang membolehkan penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun. Naib Canselornya, Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang berkata, kira-kira 80 peratus penuntut PhD UTM ketika ini menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun. Beliau berkata, hanya 20 peratus yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun. "Sistem yang diadaptasi daripada sistem pendidikan di Jepun akan diaplikasikan untuk pengambilan 2010/2011. "Untuk pengambilan 2009/2010, kita tidak akan gunakan sistem ini kerana ia masih dalam peringkat pembangunan, selain melibatkan banyak proses," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada para penuntut pasca siswazah di Dewan Sultan Iskandar di sini hari ini. Zaini berkata, sistem tersebut adalah salah satu usaha pihaknya menjadikan UTM sebagai universiti pasca siswazah. Menurutnya, berdasarkan sistem itu, para penuntut akan dipantau secara berkala sehingga mereka menghabiskan pengajian. "Sistem itu akan membantu para penuntut menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh yang lebih singkat selain menerbitkan tesis yang berkualiti," katanya. Dalam pada itu, UTM juga akan mengadakan program kursus pengajian jangka pendek musim panas bagi pelajar luar negara pada Mei, Jun dan Julai ini. Beliau berkata, sebanyak 10 kursus akan ditawarkan kepada kira-kira 500 pelajar luar negara. Menurutnya, kursus berkenaan akan dinilai mengikut peratusan iaitu 70 peratus peperiksaan manakala 30 peratus kerja lapangan. "Antara kursus yang ditawarkan adalah kejuruteraan kimia, seni bina Melayu dan kejuruteraan alam sekitar dengan setiap kursus dijangka dihadiri kira-kira 50 hingga 60 penuntut," katanya.



Rabu, 6 Januari 2010

SEMBANG IT-RAMALAN GAJET 2010

Apakah gajet atau teknologi yang dijangka meraih perhatian dunia pada tahun depan ?

Bersua kembali, diantara kita yang meminati gajet tertanya-tanya apakah gajet pada tahun 2010

Ini. Bagi penulis, teknologi 4G akan ‘meletupkan , pasaran gajet tahun ini. selain itu penulis juga tertarik dengan Tablet PC yang membolehkan anda mengakses internet dan menjalankan pelbagai fungsi pengkomputeran secara mudah alih. Rasanya penulis nak beli kot.hehe…. ok cakap banyak-banyak pun tak guna jadi kita tengok ramalan gajet 2010 yang akan merancakkan dunia IT….layannn……
TELEFON 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.

SYARIKAT yang berteraskan teknologi hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada kejayaan semalam. Pilihan yang ada cuma dua, sama ada tenggelam atau meneruskan renangan dalam dunia teknologi yang bergerak pantas. Produk baru untuk tahun baru harus sentiasa dititikberatkan. Ada antara teknologi yang sedang dibangunkan diharap dapat dipasarkan sebelum penghujung 2010. Ambil contoh teknologi kamera digital pintar yang sedang dibangunkan oleh Hewlett-Packard. Ia dikatakan mampu membuat terjemahan imej yang diambil kepada beberapa bahasa.

Telefon Motorola

Ciri ini amat berguna untuk mereka yang sering ke luar negara. Jika bahasa yang digunakan pada papan tanda jalan tidak difahami, anda cuma perlu menghalakan lensa kamera ke arah papan tanda tersebut dan menekan butang alih bahasa. Kemudian kamera tersebut akan memberitahu mesej yang tertulis kepada bahasa yang kita fahami. Telefon bimbit yang bukan sekadar berfungsi sebagai telefon sahaja diramal akan semakin bertambah menjelang 2010. Motorola dilapor bakal mengeluarkan telefon bimbit yang mampu memberikan pengalaman seumpama teater rumah dengan sistem bunyi surround. Telefon tersebut dikatakan mampu memuat turun video berdefinisi tinggi. Selain dilengkapi dengan projektor mikro membolehkan tayangan filem dipaparkan pada permukaan rata.

Sungguhpun ramai yang mungkin mempersoalkan yang komputer riba dengan dua skrin LCD tidak begitu praktikal, namun tidak dapat dinafikan kekemasan dan reka bentuk komputer riba Canova dari V12 Designs. Meskipun komputer riba dengan ciri skrin sentuhan sudah terdapat di pasaran, tetapi komputer riba dwiskrin dengan fungsi skrin sesentuh pastinya akan menjadi peneraju gajet masa hadapan.

KOMPUTER riba dengan dua skrin LCD yang dibangunkan oleh Valerio Cometti.

V12 Designs merupakan sebuah firma reka bentuk industri Itali dan diasaskan oleh Valerio Cometti yang dilapor sedang membangunkan komputer riba dwiskrin sejak empat tahun yang lalu. Rekaan itu dikatakan menyokong input pelbagai sentuhan dan perisian papan kekunci, membolehkan papan kekunci dipaparkan pada skrin. Cometti kini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat untuk bersama-sama membangunkan dan sekali gus memasarkan komputer riba tersebut.

Khabar angin berkisar tentang Projek Microsoft Pink telah tersebar luas di Internet dan dikatakan bakal muncul sekitar 2010. Ia didakwa sebagai kod nama untuk telefon Zune yang dipercayai bakal memasuki pasaran penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Telefon yang bakal membawa jenama Microsoft dan bercirikan perkhidmatan telefon bimbit premium itu seperti kedai video Zune serta menawarkan langganan dan jualan muzik. Malah, telefon itu juga mempunyai ciri sentuhan skrin untuk menjadi pesaing iPhone.

Microsoft 2010

Telefon generasi keempat (4G) pula dijangka menemui pengguna bagi menggantikan telefon 3G yang telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu. Telefon 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps. Perisian Microsoft Office juga dijangka bakal memperkenalkan pengganti Office 2007 pada tahun hadapan, Microsoft 2010. Menurut Microsoft, ciri tambahan yang terdapat pada aplikasi pejabat terbaru itu adalah untuk membolehkan tugasan dibuat dengan lebih efisen. Ia menggunakan aplikasi web yang membolehkan tugasan boleh diakses di mana-mana selain untuk membuat gabungan kerja menjadi lebih mudah. Lebih menarik lagi, Office 2010 juga bakal diperkenalkan seiring dengan versi online untuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ia juga sesuai digunakan dengan pelayar web Internet Explorer, Firefox dan Safari, menjadikannya boleh digunakan dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian Internet.

ini lah Tablet Pc yang teringin sangat penulis nak beli

TERKINI DARI ALUMNI

Pelajar kini boleh dapatkan kad diskaun 50% KTMB

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pelajar tempatan berumur 13 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan kad diskaun 50 peratus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan jarak jauh secara percuma di sem ua stesen KTMB dan pejabat perkhidmatan antara bandarnya.Kad diskaun itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2010 untuk membantu pelajar, mula dikeluarkan KTMB sejak semalam. "Pengeluaran kad ini tertakluk kepada syarat dan kami berikan hanya untuk tempat duduk kelas kedua dan ekonomi sahaja,” kata Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antara Bandar KTMB, Mohd. Noordin Kimi. Kad itu layak diperoleh oleh pelajar sama ada mereka di sekolah menengah, institusi pengajian tinggi awam atau swasta, pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh. "Semua pelajar layak, tidak kira daripada keluarga miskin atau kaya, selagi seseorang itu masih bergelar pelajar tidak kiralah penuntut Sarjana atau Phd., mempunyai kad pelajar dan belajar di dalam Malaysia,” katanya. Bagaimanapun pelajar dari maktab-maktab perguruan, jururawat, polis, tentera dan juga institut kesihatan perlu membayar harga kad tersebut dengan membayar RM30 setahun, tambahnya. Untuk maklumat lanjut mengenai kad tersebut, pelajar boleh menghubungi KTMB di talian 03-2279 8852 ataupun mengunjungi laman web www.ktmb.com.my. – Bernama

Selasa, 5 Januari 2010

SaLaM 2010


Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan alumni, dah beberapa hari penulis tak menaip maklum ler sibuk sikit dengan pendaftaran masuk kolej penulis. Sebenarnya penulis dah habis belajar jadi nak la jugak sambung balik dalam kos sistem computer takkan nak kerja terus pulak nak ler jugak merasa gaji beribu-ribu.hehe…..Penulis jugak percaya pasti ada rakan yang mungkin baru nak daftar atau baru habis bercuti sem. Dan tidak kurang pula ada yang tengah cari kerja bagi pelajar SPM 2009 sementara menanti keputusan dalam 3 bulan lagi. Elok la jugak isi masa lapang takkan nak duduk di rumah jugak kot. Ada jugak yang dapat PLKN mesti best punyer la yang badan besar mesti kurus haha…. Setiap dari kita pasti ada azam tahun baru 2010. Sama jugak macam penulis tapi biarlah rahsia.hehe….Yang nak berjaya dalam hidup lar. Nak dapat awek baru lar..ops silap…macam-macam lagi lar. Azam tahun baru Alumni SMK Telok Bahang pulak nak mengukuhkan lagi alumni secara rasminya..Jadi tahun 2010 ni adalah penentu kejayaan alumni ini. Banyak jugak perancangan untuk Alumni SMKTBG tahun ni yang pertama sekali mengadakan mesyuarat agung alumni yang pertama dan mencari penaja alumni.Lepas tu kena melantik ajk penaja yang diketuai oleh :

Penasihat/Penaja :
Presiden
:
Timb. Presiden
:
Naib Presiden
: sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang
SU. Kehormat
:
Timb. SU
:
Bendahari Kehormat :
Pemeriksa Kira2
:
Juruaudit
:
AJK
: 4 atau 5 orang

Jadi kalau rakan-rakan ada individu yang nak menaja bagitau la. Bukanya apa senang sikit nak gerakkan alumni kalau ada duit. Orang kata kalau ada duit apapun boleh jadi. Yang kedua pulak nak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan baru la senang kalau buat aktiviti apapun tak melanggar undang2. Lepas semua selesai baru la boleh buat aktiviti alumni pi melancong, buat kem di sekolah dan banyak lagi. Untuk laman Web alumni pulak sebenarnya dah banyak laman web alumni SMKTBG dalam internet jadi timbul inisiatif untuk blog baru yang lebih segar dan aktif selain memberi maklumat dan info kepada rakan alumni. Tak sangka pulak blog ini kerap dikunjungi. Walaupun baru saja blog ini ditubuhkan ia dah melonjak carian alumni smktbg dalam talian google di tangga teratas sekali. Ini bermakna ramai rakan yang mengunjungi blog ini. Selain itu bermula bulan ini banyak slot yang akan diselitkan antaranya Kisah Dunia, Sembang IT dan Motivasi Diri. Jadi tunggu…..Slot ini akan diterbitkan sebulan sekali dengan memaparkan pelbagai sumber yang dapat membantu anda. Jika anda ingin memberi idea emailkan kepada alumnismktbg@yahoo.com. Ok setakat ini saja. Salam…….

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TINGGAL 2009 , SELAMAT DATANG 2010





1.05 Pagi. 1/1/2010. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2010 rasa sekejap saja tahun 2009 meninggalkan kita. Benarlah masa itu emas setiap detik pasti ada nilainya yang begitu berharga buat diri yang bernama insan. Saya percaya pasti banyak kisah kita pada 2009 tak kiralah kisah suka ataupun duka. Ada yang baru bertemu cinta dan ada pula yang baru putus cinta. Soryla kalau ada yang terasa. Jadi kita rangkumkan segala kenangan itu jauh di sudut sanubari hati. Balik semula ke kisah alumni mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya alumni ini bergerak secara perlahan sekitar tahun 2008. Waktu mantan pengetua dah nak bersara Cikgu Malek. Cikgu Malek yang punya idea ini untuk menubuhkan alumni SMKTBG. Persatuan ini ditubuhkan bukan sekadar nak jumpa kawan-kawan lama tapi lebih kepada akitiviti yang mendatangkan hasil dalam membantu sekolah mencapai kecemerlangan tak kira la akademik mahupun kokurikulum. Jadi komitmen semua pihak amatlah diperlukan dalam menubuhkan alumni smktbg dengan secara rasminya. Sebelum tirai 2009 dilabuh pada 30/12/2009 telah diadakan majlis barbeque di pantai hadapan tropical spice garden atau lebih popular di kedai iskandar. jangan marah ye... ramai jugak le yang hadir tak sangka sambutan diluar dugaan. Tapi apa pun seronok sangat dapat jumpa kawan lama dan cikgu2. Terima kasih kepada kak za yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Nanti disertakan foto ketika program ini berlangsung. Walaupun dikenakan wang makan sebanyak RM10.00 tapi sambutan yang hadir memberangsangkan. mereka juga menyambut baik penubuhan blog ini jadi apa tunggu lagi daftar la dengan secara online dibawah sekali.. InsyALLAH tahun 2010 akan menjadi tahun penubuhan alumni SMKTBG dengan secara rasminya. Dan sekarang kai giat merancang untuk mendaftar dengan pendaftar pertubuhan selain itu kami juga sedang mencari individu atau syarikat yang ingin menaja alumni ini. Jika rakan-rakan mempunyai idea emailkan saja kepada kami. sempena tahun baru ini kita perkuatkan azam kita untuk berubah lebih maju kehadapan . Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan jika terkasar bahasa atau terlanjur kata, sekian dari saya salam 1 Malaysia

Tahniah PMR 2009

Pada 24 Disember yang lalu, keputusan PMR 2009 telah diumumkan. Pada tahun ini, peratus sekolah ialah 53.85%. Pelajar terbaik bagi PMR 2009 ialah:

7A Amira Aziera Abdullah
Noor Syazwani Hasbullah
6A Amira Aziema bt Abdullah

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails