Nuffnang

Rabu, 6 Januari 2010

SEMBANG IT-RAMALAN GAJET 2010

Apakah gajet atau teknologi yang dijangka meraih perhatian dunia pada tahun depan ?

Bersua kembali, diantara kita yang meminati gajet tertanya-tanya apakah gajet pada tahun 2010

Ini. Bagi penulis, teknologi 4G akan ‘meletupkan , pasaran gajet tahun ini. selain itu penulis juga tertarik dengan Tablet PC yang membolehkan anda mengakses internet dan menjalankan pelbagai fungsi pengkomputeran secara mudah alih. Rasanya penulis nak beli kot.hehe…. ok cakap banyak-banyak pun tak guna jadi kita tengok ramalan gajet 2010 yang akan merancakkan dunia IT….layannn……
TELEFON 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.

SYARIKAT yang berteraskan teknologi hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada kejayaan semalam. Pilihan yang ada cuma dua, sama ada tenggelam atau meneruskan renangan dalam dunia teknologi yang bergerak pantas. Produk baru untuk tahun baru harus sentiasa dititikberatkan. Ada antara teknologi yang sedang dibangunkan diharap dapat dipasarkan sebelum penghujung 2010. Ambil contoh teknologi kamera digital pintar yang sedang dibangunkan oleh Hewlett-Packard. Ia dikatakan mampu membuat terjemahan imej yang diambil kepada beberapa bahasa.

Telefon Motorola

Ciri ini amat berguna untuk mereka yang sering ke luar negara. Jika bahasa yang digunakan pada papan tanda jalan tidak difahami, anda cuma perlu menghalakan lensa kamera ke arah papan tanda tersebut dan menekan butang alih bahasa. Kemudian kamera tersebut akan memberitahu mesej yang tertulis kepada bahasa yang kita fahami. Telefon bimbit yang bukan sekadar berfungsi sebagai telefon sahaja diramal akan semakin bertambah menjelang 2010. Motorola dilapor bakal mengeluarkan telefon bimbit yang mampu memberikan pengalaman seumpama teater rumah dengan sistem bunyi surround. Telefon tersebut dikatakan mampu memuat turun video berdefinisi tinggi. Selain dilengkapi dengan projektor mikro membolehkan tayangan filem dipaparkan pada permukaan rata.

Sungguhpun ramai yang mungkin mempersoalkan yang komputer riba dengan dua skrin LCD tidak begitu praktikal, namun tidak dapat dinafikan kekemasan dan reka bentuk komputer riba Canova dari V12 Designs. Meskipun komputer riba dengan ciri skrin sentuhan sudah terdapat di pasaran, tetapi komputer riba dwiskrin dengan fungsi skrin sesentuh pastinya akan menjadi peneraju gajet masa hadapan.

KOMPUTER riba dengan dua skrin LCD yang dibangunkan oleh Valerio Cometti.

V12 Designs merupakan sebuah firma reka bentuk industri Itali dan diasaskan oleh Valerio Cometti yang dilapor sedang membangunkan komputer riba dwiskrin sejak empat tahun yang lalu. Rekaan itu dikatakan menyokong input pelbagai sentuhan dan perisian papan kekunci, membolehkan papan kekunci dipaparkan pada skrin. Cometti kini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat untuk bersama-sama membangunkan dan sekali gus memasarkan komputer riba tersebut.

Khabar angin berkisar tentang Projek Microsoft Pink telah tersebar luas di Internet dan dikatakan bakal muncul sekitar 2010. Ia didakwa sebagai kod nama untuk telefon Zune yang dipercayai bakal memasuki pasaran penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Telefon yang bakal membawa jenama Microsoft dan bercirikan perkhidmatan telefon bimbit premium itu seperti kedai video Zune serta menawarkan langganan dan jualan muzik. Malah, telefon itu juga mempunyai ciri sentuhan skrin untuk menjadi pesaing iPhone.

Microsoft 2010

Telefon generasi keempat (4G) pula dijangka menemui pengguna bagi menggantikan telefon 3G yang telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lalu. Telefon 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps. Perisian Microsoft Office juga dijangka bakal memperkenalkan pengganti Office 2007 pada tahun hadapan, Microsoft 2010. Menurut Microsoft, ciri tambahan yang terdapat pada aplikasi pejabat terbaru itu adalah untuk membolehkan tugasan dibuat dengan lebih efisen. Ia menggunakan aplikasi web yang membolehkan tugasan boleh diakses di mana-mana selain untuk membuat gabungan kerja menjadi lebih mudah. Lebih menarik lagi, Office 2010 juga bakal diperkenalkan seiring dengan versi online untuk aplikasi Word, Excel, PowerPoint dan OneNote. Ia juga sesuai digunakan dengan pelayar web Internet Explorer, Firefox dan Safari, menjadikannya boleh digunakan dari mana-mana komputer yang mempunyai capaian Internet.

ini lah Tablet Pc yang teringin sangat penulis nak beli

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails