Pages

Nuffnang

Khamis, 7 Januari 2010

TERKINI DARI ALUMNI

KLINIK 1 MALAYSIA YANG KE-44

KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 Klinik 1Malaysia sudah beroperasi di seluruh negara sejak 1 januari lalu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan rancangan kerajaan membangunkan 50 klinik 1Malaysia di seluruh negara sepanjang Januari. "Sasaran dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM10 juta bagi membangunkan Klinik 1Malaysia tercapai," katanya selepas melancarkan klinik ke-44 di Kerinchi di sini sebentar tadi.

PHD DI UTM HANYA TIGA TAHUN

JOHOR BAHRU 1 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membangunkan satu sistem yang membolehkan penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun. Naib Canselornya, Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang berkata, kira-kira 80 peratus penuntut PhD UTM ketika ini menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun. Beliau berkata, hanya 20 peratus yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tiga tahun. "Sistem yang diadaptasi daripada sistem pendidikan di Jepun akan diaplikasikan untuk pengambilan 2010/2011. "Untuk pengambilan 2009/2010, kita tidak akan gunakan sistem ini kerana ia masih dalam peringkat pembangunan, selain melibatkan banyak proses," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada para penuntut pasca siswazah di Dewan Sultan Iskandar di sini hari ini. Zaini berkata, sistem tersebut adalah salah satu usaha pihaknya menjadikan UTM sebagai universiti pasca siswazah. Menurutnya, berdasarkan sistem itu, para penuntut akan dipantau secara berkala sehingga mereka menghabiskan pengajian. "Sistem itu akan membantu para penuntut menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh yang lebih singkat selain menerbitkan tesis yang berkualiti," katanya. Dalam pada itu, UTM juga akan mengadakan program kursus pengajian jangka pendek musim panas bagi pelajar luar negara pada Mei, Jun dan Julai ini. Beliau berkata, sebanyak 10 kursus akan ditawarkan kepada kira-kira 500 pelajar luar negara. Menurutnya, kursus berkenaan akan dinilai mengikut peratusan iaitu 70 peratus peperiksaan manakala 30 peratus kerja lapangan. "Antara kursus yang ditawarkan adalah kejuruteraan kimia, seni bina Melayu dan kejuruteraan alam sekitar dengan setiap kursus dijangka dihadiri kira-kira 50 hingga 60 penuntut," katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails