Alhamdullillah…beryukur ke hadrat illahi kerana kita semua bertemu kembali. Agak lama penulis tak menaip, sibuk dengan tugasan yang nak disiapkan. Pagi tadi pun penulis baru habis buat peperiksaan. Sebab tu la penulis taip jugak artikel blog malam ni, untuk tatapan rakan-rakan. Berbalik kepada cerita alumni, baru-baru ini dalam pertengahan bulan 3 penulis sudahpun bertemu dengan pengetua sekolah iaitu cikgu Rashid bersama dengan beberapa orang rakan. Alhamdulillah, Cikgu Rashid telah memberi respons yang sangat baik. Waktu bertemu dengan pengetua agak berdebar jugak hati penulis, takut jadi yang sebaliknya. Beliau melahirkan rasa terharu kerana alumni sekolah mampu berdiri dengan sendiri. Agenda yang telah kami bincangkan dengan pengetua yang utama iaitu program dan mesyuarat agung alumni yang pertama dijangka sewaktu cuti bulan 6. Kecil tapak tangan nyiru beliau tadahkan mengalu-alukan persatuan yang seperti ini. Beliau juga menyarankan sebelum program dan mesyuarat agung diadakan satu mesyuarat jawatankuasa penganjur program diadakan dan dijangka awal bulan 5 ini. Hari khamis yang lepas penulis pergi kesekolah bersama rakan penulis bertemu dengan Cikgu Hanita, kaunselor sekolah. Kalau rakan-rakan nak tahu Cikgu Hanita yang banyak memberi idea mengenai penubuhan Alumni SMK Teluk Bahang. Penulis berjumpa dengan Cikgu Hanita adalah untuk berbincang perancangan mesyuarat jawatankuasa penganjur yang akan diadakan bulan 5 ini. Mungkin ada yang keliru mengenai program bulan 5 dan 6. Begini program bulan 5 ini adalah Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Program Dan Mesyuarat Agung Alumni. Ahli alumni yang akan hadir adalah terhad dalam 20 orang sahaja. 10 lelaki dan 10 perempuan dan beberapa orang bekas guru. Ini kerana 20 orang yang hadir akan diberi jawatan ajk untuk menganjur program dan mesyuarat yang akan diadakan. Manakala untuk bulan 6 adalah Program dan Mesyuarat Agung Alumni SMKTBg. Ahli alumni yang akan hadir tidak terhad seberapa ramai pun, kerana lagi ramai yang hadir maka bertambah meriahlah program. Jadi waktu inilah semua ahli akan duduk semeja berbincang mengenai agenda yang akan dirancangkan. InsyALLAH dalam 2 minggu ini rakan penulis mewakili alumni sekolah akan bertemu dengan pengetua apa yang dibincangkan sebelum ini untuk dijayakan. Jadi hanya tarikh yang belum ditetapkan lagi. Nanti penulis akan maklumkan sedikit hari lagi bila tarikh program bulan 5 dan 6. Selepas ini bolehlah penulis maklumkan dengan lebih lanjut lagi. Rasanya setakat ini saja penulis boleh maklumkan kepada rakan-rakan. Minggu ini atau minggu depan penulis akan maklumkan program ini dengan lebih lanjut lagi. Sekian sahaja daripada penulis.Bantu kami untuk bantu anda. Sokongan anda adalah penentu kejayaan Alumni SMK Teluk Bahang
Nuffnang
Selasa, 13 April 2010
PERANCANGAN PROGRAM ALUMNI SMK TELUK BAHANG
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
10:56 PTG
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Aktiviti Alumni,
Kisah Alumni
0 ulasan:
Catat Ulasan