Pages

Nuffnang

Selasa, 27 April 2010

PENENTUAN KEJAYAAN PLATUN KRS PUTERA DAN PUTERI ESOK….


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua hendaknya. Hampir 9 tahun usia SMK Teluk Bahang. Rasanya sekejap sahaja dah nak masuk tahun yg ke-10 tahun depan. Seingat penulis, dah 3 tahun lebih penulis meninggalkan Teluk Bahang. Pastinya banyak kenangan suka dan duka antara kita kongsi bersama. Hari ini penulis bukan untuk berkongsi kisah suka duka tetapi mengenai KRS SMK Teluk Bahang yang bakal menyertai pertandingan tradisi setiap tahun iaitu Pertandingan Kawad Kaki. Saban tahun Platun Putera dan Puteri mengekalkan Johan Kawad Kaki KRS dan Ketua Platun Terbaik. Pastinya ia mencipta sejarah yang bakal mendatang. Besok merupakan hari yang amat penting kerana Platun Putera dan Puteri KRS SMK Teluk Bahang akan menyertai Pertandingan Kawad Kaki yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua. Adakah mereka akan mengekalkan momentum kejayaan sebelum ini? Semuanya akan terjawab pada besok hari.

Bercakap mengenai KRS, antara kita pasti ingin tahu sejarah Penubuhan KRS di SMK Teluk Bahang. Pembentukan Sekolah Berwatak Kadet Remaja Sekolah (KRS) di SMK Teluk Bahang telah diilhamkan oleh Tuan Pengetua ketika itu Mejar KRS Tuan Hj. Abdul Malek B. Othman dan Penolong Kanan Pentadbiran, Kapten KRS Mahizer Hamzah. Cadangan penubuhan pasukan pakaian seragam KRS telah dikemukan ketika Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 3 Januari 2002, iaitu seiring dengan pembukaan SMKTBg. Objektif penubuhan KRS di SMKTBG adalah untuk membina generasi bersemagat patriotik yang cintakan agama bangsa dan negara serta melahirkan pelajar bijaksana yang beriman, berkualiti dan berpengetahuan, berkebolehanpercayaan dengan akhlak terpuji, berwawasan dan bercita-cita tinggi. Apabila objektif ini diterapkan kedalam jiwa pelajar, diyakini masalah disiplin mampu diatasi dan penyakit sosial yang semakin menular. Ini bersesuaian dengan visi IQRA iaitu berketrampilan dan kecemerlangan.

Pada 22 Januari 2002 , Ketua Sekitor Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada masa itu, Kolonel KRS Hj. Abdul Rahman bin Yob telah membuat lawatan ke SMKTBG. Ketika lawatan tersebut tuan pengetua telah menyatakan hasrat beliau untuk mewujudkan satu sahaja pasukan unit beruniform iaitu KRS. Cadangan tersebut telah diterima dan SMKTBG telah merealisasikan penubuhan sebuah pasukan beruniform tunggal di Pulau Pinang dan Malaysia. Pada tahun tersebut KRS SMKTBG beroperasi dengan bantuan seorang Jurulatih Negeri iaitu Kapten KRS Mahizer b. Hamzah yang juga PK Pentadbiran sekolah. Sewaktu itu guru seramai 10 orang dan pelajar sulung tingkatan 1 seramai 89 orang adalah menjadi anggota KRS.

Antara pencapaian KRS SMKTBG, buat pertama kalinya menggondol tempat kedua didalam Pertandingan Kawad Kaki Daerah Pulau dan seterusnya mewakili keperingkat negeri. Setelah tiga tahun berikutnya KRS Platun Putera dan Puteri telah merampas tempat pertama dan mewakili keperingkat negeri sehingga kini. Antara pencapaian tertinggi apabila Platun Puteri pada tahun 2004 menjadi johan negeri dan mewakili ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan bukan lagi diadakan di dataran kejat SMKTBG. Tetapi diadakan di SK Seri Balik Pulau iaitu PPD Barat Daya. Pertandingan selalunya bermula pada waktu pagi. Buat Platun Putera dan Puteri teruskan kejayaan anda.. semoga berjaya..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails