Pages

Nuffnang

Sabtu, 19 Disember 2009

SUATU KETIKA.........TELUK BAHANG

















Teringat aku
Rupanya dah hampir setahun lima bulan
Aku tinggalkan IQRA
Banyak sekali memori terlakar
Suka , duka , gelak , dan tawa
Selalu melayang di benak otak ini
Tapi perjalanan ini masih jauh
Dalam keterpaksaan aku pergi jua
Meninggalkan kenangan
Demi mencari sesuap kehidupan

Teringat aku
5 tahun disana cukup mengajarku
Erti sebuah kehidupan
Yang tiada sempadan
Dulunya lidah yang kelu dan bisu
Kini sudah petah berbicara
Dulunya baru hendak bertatih
Kini sudah pandai berlari

Aku masih ingat
Kali pertama menjejakkan kaki
Ke Penghujung dunia
Gelarannya
Bahangnya tidak seperti namanya
Teluk Bahang
Tempatnya dulu bukan sebegini cantik
Aku masih ingat
Tempat ini kosong sepi dahulunya
Lari dari kesibukan kota
Tapi kini mutiaranya jelas terpancar
Meniti di bibir si kaki melancong
Banyak sekali perubahannya
Masih mengekalkan hutan hijau

Oh baru aku ingat
Pertama kali tinggal di Asrama IQRA
Detik perkenalan bermula
Atas ikatan persahabatan
Hidup umpama sebuah keluarga
Aku masih ingat
Hari pertama
Pentingnya masa
Petang itu kami didenda
Hanya sebagai pengajaran
Untuk manusia yang selalu Alpa dan leka
Cikgu Malek
Ustaz Mokhtar
Cikgu Rozaini
Cikgu Mahizer
Cikgu Zaleha
Cikgu Hanita
Cikgu Izemar
Cikgu Zainora
Cikgu Wan Muzaidi
Cikgu Azmawati
Cikgu Faizi
Bukanlah nama yang asing
Bagi aku
Merekalah kemudi
Merekalah roda
Merekalah landasan
Merekalah pedati
Semuanya ditangannya
Mengharap tujuan melangit biru

Inilah anak didiknya
Membina budi menabur keringat
Bukan menghayun buaian
Ibu bapa, anak-anaknya 1, 2…..banyakpun
Sedozen saja
Tapi , anaknya ramai
Ratusan anaknya
Lahir tahun demi tahun
Kini
Anaknya sudah tidak terbilang jari-jemari
Niat mereka
Menatap lahirnya doktor, jurutera, peguam
Ahli ekonomi, kalau tidak pun Pak menteri….

Masih ingat
Aku masuk kawad
Masih terngiang lagi
Skuad…skuad sedia!
Suara arwah Saffuan
Ketua platun KRS
Luhur budinya
Ingatan hafazan Al-Quran
Kepimpinannya
Tiada tandingan
Namun percayalah
Ada yang lebih menyayangi
Tap tap , tap tap
Bunyi sepatu kawad
Kanan kiri kanan
Langkah kaki digerak
Mengikut arahan
Masih ingat
Benar
Kata orang tua
Kecil-kecil cili api
Setahun jagung baru
Johan kawad di genggaman
Masih ingat
Johan pertandingan kawad kaki daerah pulau tahun 2004
Jatuh kepada platun KRS Putera dan Puteri SMK Teluk Bahang
Bangga
Itulah gambaran pertama
Bukan masuk bakul angkat sendiri
Tapi
Itulah kegembiraan
Kenikmatan
Yang dikecapi
Hasil penat lelah
Siang dan malam

Sekarang
Aku rindu
Suasana petang disana
Bukitnya terbentang meluas
Tumbuhan hijau merendang
Tak jemu bagi setiap mata memandang
Dihembus angin melambai
Pohon meliuk-lentuk
Unggas berterbangan
Siulan burung
Umpama
Mendengar lagu kesukaan
Melihat rakan-rakan
Belari anak
Mengejar bola , ala mokhtar dahari
Ada juga
Melibas bola takraw, ala libas kuda
Ada saja
Yang termenung , bagai pungguk rindukan bulan
Ada pula
Yang berborak , macam internet bergerak
Barangkali juga
Fikiran melayang entah kemana
Memikirkan perjalanan yang masih jauh
Dalam liku-liku kehidupan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails