Pages

Nuffnang

Sabtu, 19 Disember 2009

KERTAS KERJA

UNTUK MAKLUMAN ANDA SEBENARNYA KERTAS KERJA DIBAWAH INI ADALAH SALINAN ASAL KERTAS KERJA ALUMNI YANG DIJADUALKAN PADA SEKITAR TAHUN 2009 TAPI ATAS SEBAB TERTENTU IA TIDAK DAPAT DILAKSANAKN . JADI DIHARAPKAN DAPATLAH RAKAN ALUMNI MEMBANTU MEREALISASIKAN HASRAT ALUMNI SMKTBG DITUBUHKAN SECARA RASMINYA


Pendahuluan
Kertas kerja ini disediakan untuk mengadakan Majlis Pelancaran Alumni IQRA dengan secara rasminya. Disamping itu akan diadakan untuk Mesyuarat Agung Alumni SMKTBG 1 sesi 2009/2010. Dengan bertemakan “Sirih Pulang Ke Gaggang” diharap sambutan majlis ini menggalakan walupun ianya buat kali pertama diadakan. Walaupun sebagai sebuah sekolah yang baru hampir 8 tahun ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Bahang (SMKTBG) telah melahirkan hampir separuh pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum. Boleh dikatakan hampir keseluruhan golongan pelajar kawasan Telok Bahang dan Pulau Pinang secara amnya menimba pengalaman awal dalam pelajaran di SMKTBG. Golongan ini kini kebanyakannya menjadi penuntut ipta dan ipts di seluruh pelusuk Malaysia dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut disini. Bagi guru-guru yang pernah mengajar disini pula kebanyakan telah bertukar ke negeri lain dan ada juga dikalangan guru-guru ini berkhidmat sebagai pensyarah dan pegawai pelajaran. Guru-guru yang pernah berkhidmat dan bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui pelbagai cabaran semasa menempuhi alam pengajaran dan pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih menuntut di SMKTBG bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar ini dalam satu organisasi. Cetusan idea penubuhan ini sebenarnya telah diilhamkan oleh mantan pengetua SMKTBG Tuan haji Abdul Malek B. Othman sejak beliau bersara pada tahun 2008. Tuan Haji Abdul Malek telah menyarankan agar alumni SMK Teluk Bahang ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan sillaturahim. Alumni ini adalah untuk mengumpulkan semua bekas-bekas guru dan bekas pelajar SMK Teluk Bahang. Jawatankuasa kerja alumni akan dibentuk dan dipengerusikan oleh mantan pengetua Tuan Haji Abdul Malek B. Othman..

Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI IQRA

Tujuan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas guru-guru dan pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan sekolah. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar yang pernah mengajar dan menuntut ilmu di SMKTBG. Dengan ada aktiviti seperti ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada sekolah .
Dengan usaha yang berterusan persatuan alumni ini akan menjadi wadah bagi bekas guru-guru dan pelajar-pelajar membantu SMKTBG tidak kira dari aspek akademik ataupun kokurikulum. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah. Pihak sekolah sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu utama. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.


Kumpulan sasaran
Semua guru yang pernah berkhidmat dan pelajar-pelajar yang pernah menuntut di SMKTBG. Bekas Warga IQRA secara amnya.

Masa
2.30 petang hingga 10.30 malam
Hari / tarikh

Tempat
Dewan Makan Asrama



OBJEKTIF

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTBG malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

• Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.
• Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.
• Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.
• Menjadi kakitangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
• Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SMKTBG
• Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
• Memupuk semangat muhibah, persaudaraan dan berkerjasama di kalangan bekas guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Bahang .Memastikan kesinambungan hubungan silaturahim diantara Ahli dan Sekolah.
• Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar Sekolah yang sedang menuntut dan menghulur bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan apa juga pertolongan yang di fikirkan perlu, wajar dan mampu oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa dengan kebenaran pihak Pentadbiran Sekolah.
• Memelihara dan meningkatkan imej Sekolah pada kacamata masyarakat di dalam segala bidang.
• Merancang dan mengatur aktivti-aktiviti bagi mencapai objektif Persatuan dan juga aktiviti bagi menambah sumber kewangan Persatuan.
• Melaksanakan kegiatan yang berfaedah dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan rekreasi untuk kesejahteraan ahli dan masyarakat

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails