Pages

Nuffnang

Khamis, 11 Februari 2010

SEMBANG IT - WINDOWS 7

Bersua kembali, dalam slot Sembang IT bulan ini penulis nak memperkenalkan sistem operasi terbaru Microsoft iaitu Microsoft Window 7. Penulis dah guna Windows 7 memang best dengan grafik yang menarik. Bagi yang mengikuti perkembangan Windows 7, sudah semestinya mengetahui mengenai Windows 7. Harga Windows 7 agak mahal tetapi pelaburan bagi penggunaannya pasti berbaloi apabila kita menggunakanya. Windows 7 Ultimate berharga RM648.00, Windows 7 Home Premium berharga RM368.00 dan juga Windows 7 Professional berharga RM 478.00. Selain daripada tiga versi ini, terdapat satu versi tambahan, iaitu Windows 7 Starter yang mana berharga RM148.00. Cuma pada Windows 7 Starter, anda tidak boleh menggunakan fungsi skrin sentuh beserta beberapa fungsi tambahan lain padanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti rencana di bawah. 22 Oktober 2009, bermulalah era sistem operasi terbaru apabila syarikat pembuat sistem operasi (OS) gergasi dunia, Microsoft Corporation melancarkan sistem operasi terbarunya, Microsoft Windows 7 di seluruh dunia. Windows 7 merupakan sistem operasi selepas Windows Vista (2007) dan Windows XP (2001) yang mempunyai pelbagai fungsi terbaru dan penambahbaikan yang lebih baik daripada sistem operasi Windows yang sebelumnya. Berbeza dengan Windows Vista, Windows 7 lebih difokuskan untuk kegunaaan komputer dengan paparan multi-sesentuh (multi-touch), perekaan semula Windows Shell dengan taskbar yang baru, sistem jaringan rumah yang dipanggil HomeGroup dan penambahbaikan dari segi kelajuan sistem.

CIRI-CIRI TERBARU

Senarai Lompat (Jump List)

Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlainan mempunyai senarai lompatnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.

Aero Peek

Dalam versi Windows yang sebelumnya, taskbar diakhiri dengan notification area disebelah kanan. Walaubagaimanapun, bahagian tersebut telah ditambahkan dengan butang Aero Peek dimana apabila butang tersebut diklik atau disentuh oleh kursor, desktop dan gadget dipaparkan terus-menerus dengan menjadikan kesemua tertingkap yang terbuka menjadi lutsinar.



Antaramuka pengguna (User Interface)

Windows 7 masih mengekalkan ciri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows Aero seperti digunakan di dalam Windows Vista tetapi banyak penambahbaikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kesan kaca.


Taskbar

Taskbar Windows telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari Windows Vista. Ia merupakan ciri terbaru pada Windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, ciri-ciri taskbar Windows Vista yang lebih kecil turut disediakan.

Butang Start Menu

Masih kelihatan sama dengan Windows Vista tetapi ditambah dengan ciri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.

Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :

- Start Menu dan taskbar klasik seperti taskbar Windows 98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan sut aplikasi Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- Windows Sidebar pada Windows Vista telah dibuang (Digantikan dengan Windows Desktop Gadget yang membolehkan gadget diletak dimana-mana bahagian desktop)

Dan bermacam-macam lagi ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Windows 7.

Keperluan Sistem

Keperluan sistem bagi Windows 7 edisi 32-bit adalah hampir sama seperti keperluan perdana untuk Windows Vista, tetapi kepeluan sistem bagi edisi 64-bit Windows 7 ternyata lebih besar keperluannya. Pihak Microsoft telah menetapkan keperluan sistem untuk pemasangan Windows 7 adalah seperti yang berikut:

ARCHITECTURE

32-bit

64-bit

PROCESSOR

1 GHz 32-bit processor

1 GHz 64-bit processor

MEMORY (RAM)

1 GB of RAM

2 GB of RAM

GRAPHICS CARD

DirectX 9 graphics processor with WDDM driver model 1.0 (For Aero)

HDD FREE SPACE

16 GB of available disk space

20 GB of available disk space

OPTICAL DRIVE

DVD drive (only to install from DVD/CD Media)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails