Pages

Nuffnang

Rabu, 17 Februari 2010

DARI MATA KE HATI - NILAI KEMANUSIAAN KIAN TERHAKIS

Gejala buang bayi bukti remaja longgar pegangan agama

Gejala ini semakin berleluasa tanpa ada rasa sifat belas kasihan dan perikemanusiaan. Dalam tempoh selang beberapa minggu lalu saja sekurang-kurangnya empat kes buang bayi dilaporkan. Kejadian terkini, mayat bayi lelaki baru dilahirkan lengkap tali pusat, cukup sifat ditemui dalam keadaan mengerikan, hampir rentung serta kakinya terpisah dalam tong sampah Majlis Daerah Kuala Krai di Jalan Tengku Zainal Abidin, Sabtu lalu. Seminggu sebelum itu, mayat seorang bayi perempuan baru dilahirkan dihurungi semut ditemui terdampar di pintu pagar Masjid Permatang, Duyong, Melaka selain mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah. Secara purata, statistik menunjukkan sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007 manakala sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008. Justeru, pembuangan bayi bukan lagi dianggap kes terpencil, sebaliknya angka yang dicatatkan menggambarkan masalah berkenaan semakin membimbangkan dan ini menggambarkan wujudnya kepincangan isu keruntuhan moral, nilai dan sosial di kalangan masyarakat yang perlu ditangani dengan lebih berkesan.

Apabila ada kes pembuangan bayi, ia turut memperlihatkan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan tahap keimanan seseorang itu semakin tipis, seakan tidak tahu hukum dosa dan pahala. Jerih payah sepanjang sembilan bulan mengandungkan bayi itu juga seperti tidak dirasainya. Berdasarkan laporan, kebanyakan gejala pembuangan bayi ini membabitkan belia dan remaja termasuk di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi serta sekolah menengah. Nada kekesalan terhadap pemasalahan pembuangan bayi mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu belia, terutama wanita supaya tidak bersikap terburu-buru dalam melakukan sebarang tindakan termasuk membuang bayi yang dikandung tanpa memikirkan akibatnya. Rosmah yang kesal dan sedih dengan peningkatan kes yang semakin ketara sejak kebelakangan ini menyifatkan tindakan terbabit sebagai kejam. Keterlanjuran hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan yang lahir daripada pergaulan bebas, hiburan melampau, persekitaran institusi kekeluargaan tidak kondusif, tiada kawalan diri, longgar pegangan agama dan pengaruh televisyen serta internet menyumbang kepada permasalahan itu menjadi semakin parah. Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor menyifatkan gejala pembuangan bayi tidak lagi dianggap jenayah bermusim kerana setiap saat sebenarnya, di seluruh dunia ada saja kes itu dilaporkan.

Di negara kita, kejadian itu semakin menular terutama remaja dan belia di negara ini yang terdedah kepada banyak sumber yang merangsang mereka untuk membuang bayi dengan mudah tanpa rasa bersalah. Dunia tanpa sempadan dengan kemudahan berkomunikasi dan melayari internet membuka seluas-luasnya pergaulan mereka, berbeza pada zaman dulu yang remaja tidak mengenal apa itu teknologi. Malah, ada kalangan remaja yang belajar mengenai seks juga menerusi internet, selain daripada banyak filem lucah dan drama yang mengamit mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu tanpa berfikir kesan jangka pendek dan panjang. Mariani berkata, keadaan bertambah parah apabila kurang pengawasan dan pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak. "Suasana dan keharmonian institusi keluarga serta pegangan agama yang longgar memburukkan lagi keadaan. Remaja sudah hilang nilai moral dan sahsiah diri sehingga sanggup buat apa saja sama ada berzina sehingga lahir anak luar nikah. Akibat takut kepada ibu bapa mereka bertindak membuang anak. Tidak mustahil ada kes pelajar yang bersalin di dalam tandas sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru. "Ada juga kes ibu bapa tahu anak mereka melahirkan anak luar nikah, tetapi dipaksa membuangnya di tempat lain atau dibunuh kerana tidak mahu menanggung malu dengan perbuatan anaknya. Sikap mementingkan diri sendiri ini membuatkan mereka hilang nilai kemanusiaan sehingga sanggup membuang bayi," katanya. Senario masyarakat sekarang juga yang gemar menjaga tepi kain serta menyisih, mengeji, menyisih dan menyindir mereka yang berkelakuan sumbang turut mengundang wanita membuang anak di merata tempat. Mariani berkata, mereka yang membuang anak itu juga seakan sudah tertanam di fikiran, sekiranya buang anak pasti akan ada orang yang akan mengambil atau menjaganya. "Di Malaysia, jika ada sesiapa yang menemui anak baru lahir yang dibuang, akan ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, rumah perlindungan atau hospital. Fikiran sebegini menjadikan mereka dengan mudah melakukannya tanpa rasa bersalah. "Justeru, masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih positif, bukan lagi berfikiran ortodoks bahawa anak luar nikah itu patut disisih dan jika dibuang ada yang akan mengambilnya," katanya. Sudah tiba masanya, pihak berkuasa lebih tegas dari segi penguatkuasaan terhadap mereka yang membuang anak termasuk bapa kepada bayi itu dengan dihadapkan ke mahkamah, selain meminda Akta Kanak-Kanak 2001 mengena hukuman berat kepada pesalah bagi membendung masalah itu. Mariani berkata, jika di negara Barat, ibu bapa akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya mereka didapati membuang anak, sebagai langkah membendung kegiatan dan mengapa tidak dilakukan perkara sama di negara ini.

sumber dari - berita harian

Khamis, 11 Februari 2010

SEMBANG IT - WINDOWS 7

Bersua kembali, dalam slot Sembang IT bulan ini penulis nak memperkenalkan sistem operasi terbaru Microsoft iaitu Microsoft Window 7. Penulis dah guna Windows 7 memang best dengan grafik yang menarik. Bagi yang mengikuti perkembangan Windows 7, sudah semestinya mengetahui mengenai Windows 7. Harga Windows 7 agak mahal tetapi pelaburan bagi penggunaannya pasti berbaloi apabila kita menggunakanya. Windows 7 Ultimate berharga RM648.00, Windows 7 Home Premium berharga RM368.00 dan juga Windows 7 Professional berharga RM 478.00. Selain daripada tiga versi ini, terdapat satu versi tambahan, iaitu Windows 7 Starter yang mana berharga RM148.00. Cuma pada Windows 7 Starter, anda tidak boleh menggunakan fungsi skrin sentuh beserta beberapa fungsi tambahan lain padanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti rencana di bawah. 22 Oktober 2009, bermulalah era sistem operasi terbaru apabila syarikat pembuat sistem operasi (OS) gergasi dunia, Microsoft Corporation melancarkan sistem operasi terbarunya, Microsoft Windows 7 di seluruh dunia. Windows 7 merupakan sistem operasi selepas Windows Vista (2007) dan Windows XP (2001) yang mempunyai pelbagai fungsi terbaru dan penambahbaikan yang lebih baik daripada sistem operasi Windows yang sebelumnya. Berbeza dengan Windows Vista, Windows 7 lebih difokuskan untuk kegunaaan komputer dengan paparan multi-sesentuh (multi-touch), perekaan semula Windows Shell dengan taskbar yang baru, sistem jaringan rumah yang dipanggil HomeGroup dan penambahbaikan dari segi kelajuan sistem.

CIRI-CIRI TERBARU

Senarai Lompat (Jump List)

Pilihan menu ini kini boleh didapati dengan klik kanan pada ikon di taskbar. Setiap ikon yang berlainan mempunyai senarai lompatnya yang berlainan mengikut kegunaan aplikasi tersebut.

Aero Peek

Dalam versi Windows yang sebelumnya, taskbar diakhiri dengan notification area disebelah kanan. Walaubagaimanapun, bahagian tersebut telah ditambahkan dengan butang Aero Peek dimana apabila butang tersebut diklik atau disentuh oleh kursor, desktop dan gadget dipaparkan terus-menerus dengan menjadikan kesemua tertingkap yang terbuka menjadi lutsinar.



Antaramuka pengguna (User Interface)

Windows 7 masih mengekalkan ciri utama antara muka pengguna dan stail visual grafiknya iaitu Windows Aero seperti digunakan di dalam Windows Vista tetapi banyak penambahbaikan telah dilakukan. Ciri yang ketara ialah grafik yang menarik di desktop seperti kesan kaca.


Taskbar

Taskbar Windows telah ditambah ketinggian sebanyak 10 piksel dari Windows Vista. Ia merupakan ciri terbaru pada Windows 7 yang menggunakan grafik ikon yang lebih besar. Tetapi sekiranya anda sudah biasa dengan ikon yang lebih kecil, ciri-ciri taskbar Windows Vista yang lebih kecil turut disediakan.

Butang Start Menu

Masih kelihatan sama dengan Windows Vista tetapi ditambah dengan ciri-ciri untuk akses terus Windows Explorer Libraries. Pilihan untuk menu klasik telah dibuang pada versi ini.

Ciri-ciri yang telah dibuang dari Windows sebelumnya :

- Start Menu dan taskbar klasik seperti taskbar Windows 98
- Aplikasi Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker dan Windows Mail telah dibuang tetapi digantikan dengan sut aplikasi Windows Live.
- Aplikasi Windows Defender telah dibuang
- Windows Meeting Space
- InkBall
- Windows Sidebar pada Windows Vista telah dibuang (Digantikan dengan Windows Desktop Gadget yang membolehkan gadget diletak dimana-mana bahagian desktop)

Dan bermacam-macam lagi ciri-ciri tambahan yang terdapat pada Windows 7.

Keperluan Sistem

Keperluan sistem bagi Windows 7 edisi 32-bit adalah hampir sama seperti keperluan perdana untuk Windows Vista, tetapi kepeluan sistem bagi edisi 64-bit Windows 7 ternyata lebih besar keperluannya. Pihak Microsoft telah menetapkan keperluan sistem untuk pemasangan Windows 7 adalah seperti yang berikut:

ARCHITECTURE

32-bit

64-bit

PROCESSOR

1 GHz 32-bit processor

1 GHz 64-bit processor

MEMORY (RAM)

1 GB of RAM

2 GB of RAM

GRAPHICS CARD

DirectX 9 graphics processor with WDDM driver model 1.0 (For Aero)

HDD FREE SPACE

16 GB of available disk space

20 GB of available disk space

OPTICAL DRIVE

DVD drive (only to install from DVD/CD Media)

Selasa, 9 Februari 2010

BICARA AGAMA-HUKUM MERAIKAN VALENTINE'S DAY

Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

kul

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Selasa, 2 Februari 2010

BUKU PILIHAN - 9 NYAWA


Selasa . 2/2/2010. Salam 1Malaysia. Bersua kembali dalam slot Buku Pilihan bulan Februari ini, penulis ingin berkongsi sebuah buku yang baru penulis beli, berjudul 9 NYAWA karya Ramlee Awang Murshid. Novel ini adalah sebuah Novel Thriller Nombor 1Malaysia. Novel ini pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Harga buku ini RM 19.90 tapi penulis dapat diskaun 20% jadi harga yang penulis dapat RM 15.90. Tips penulis kalau ingin membeli buku tunggu potongan diskaun. Novel ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki dan seorang wanita bertemu di alam paranormal. Pertemuan ini merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul – mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal. Dibawah adalah watak utama 9 NYAWA:-

INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai.

Jadi jangan lupa dapatkan novel thriller no 1 tahun ini. Sekian …….

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails