Nuffnang
Sabtu, 26 Disember 2009
aLuMnI SmKtBg TaNggA PeRtAMa
TERIMA KASIH DAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA ANDA YANG SELALU MELAYARI BLOG ALUMNI SMKTBG. UNTUK MAKLUMAN , ANDA TELAH MENYUMBANG KEDUDUKAN BLOG INI DALAM SENARAI PERTAMA ATAU TERATAS BAGI CARIAN ALUMNI SMKTBG DALAM TALIAN GOOGLE BERTARIKH 26 DISEMBER 2009. WALAUPUN DALAM HANYA BEBERAPA MINGGU SAHAJA BLOG INI DITUBUHKAN IA MEMPUNYAI PENGIKUTNYA YANG TERSENDIRI. OLEH ITU BESARLAH HARAPAN SEMUA UNTUK MENGGERAKKAN ALUMNI LEBIH KEHADAPAN AGAR MENJADI SEBUAH PERTUBUHAN YANG AKTIF. TERIMA KASIH SEKALI LAGI
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
5:11 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Kisah Alumni
PuIsI MaNtAn Pk1
6 bulan berlalu pergi
6 bulan teruja di teratak baru
meninggalkan nostalgia nan indah utk dikenang
menjenguk sebentar ke teratak lama
rasa sayu menyelubungi diri
rindu akan teman gelak tawa
rindu akan teman bergurau senda
rindu akan teman resah gelisah disinggahi nazir
ayuh teman
ayuh warga iqra
kekalkan sinar
kekalkan cahaya
biar malam terus terang
dengan seri bulan dan bintang....
6 bulan teruja di teratak baru
meninggalkan nostalgia nan indah utk dikenang
menjenguk sebentar ke teratak lama
rasa sayu menyelubungi diri
rindu akan teman gelak tawa
rindu akan teman bergurau senda
rindu akan teman resah gelisah disinggahi nazir
ayuh teman
ayuh warga iqra
kekalkan sinar
kekalkan cahaya
biar malam terus terang
dengan seri bulan dan bintang....
3/12/2008
mantan pk 1
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
4:36 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Karya Puisi
tErSuRat DaN TeRsiRat SmKtBg
SMKTBG (tsurat & tsirat)
Petang tadi
smktbg hujan mencurah lagi
suasana muram meruntun
aku sendirian
sabtu yg sunyi
Hujan sidang
Lautan d padang
burung-burung merpati
tumpang seronak mandi
bila terkejut
ramai yg lari
terbang tinggi
pergi
Padang iqra kembali
...sepi
hujan turun lagi
nukilan: cikgu malek
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
4:33 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Karya Puisi
Jumaat, 25 Disember 2009
aCaDeMiC sTafF 2009
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
9:55 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
SMK Teluk Bahang
PuiSi MaNtAn PeNgEtUa
ANAK KAMPONG
TAKTAU DIUNTUNG
MAKAN MINUM DITANGGUNG
PERANGAI RIAK BODOH SOMBONG
MENGALAHKAN GENDANG KOSONG
DIDIDIK SIANG MALAM
DIKEPUNG MACAM API LILIN
MUDAH-MUDAHAN TAKKAN PADAM
TAPI HATI MISKIN
PAPA KEDANA
ANAK KAMPONG
TAK SEDAR DIRI
BELUKANG HANYUT
HIDUP MENONGKAH ARUS PASANG SURUT
JIWA HAMBA HIDUP ABDI
JIKA BERTERUSAN BEGINI
ALAMAT CELAKA DATANG MENANTI
ANAK KAMPONG
SEDARLAH, INSAFLAH
BINA SEMANGAT JUANG TERKINI
BERSAING DIRI MENCIPTA KECEMERLANGAN
DEMI CUCU CICIT MASA DEPAN
LAYAKNYA MENJADI TETUAN
DI BUMI INI
Nukilan: Mantan Pengetua
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
9:51 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Karya Puisi
Selasa, 22 Disember 2009
AKTIVITI ALUMNI SEPANJANG TAHUN 2008-2009
Bagi tahun 2008 beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya seperti:
Ekspedisi Tasik Banding
Program Mendaki Bukit Hijau, Taiping
Program Memancing di Rumah Terapung Tikam Batu
Program Memancing di Tasik Raban, Kuala Kangsar
Selain itu juga alumni juga menganjurkan kem motivasi pelajar sekitar tahun 2009 bertempat di asrama smktbg sebanyak 2 kali. Antara rakan alumni yang terlibat adalah
Zulafendi,Najmi,Nabil,Syazwan,Zuraid,Asnidar,Ernie,Syirah,Aisyah.Terima kasih sebab tolong jd fasi. Sory kalau ada nama rakan alumni yang tertinggal.
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
12:45 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Aktiviti Alumni
Isnin, 21 Disember 2009
SENARAI KETUA PENGAWAS / KETUA ASRAMA
SENARAI KETUA PENGAWAS SEKOLAH DAN PELAJAR MENGIKUT TAHUN
ALLAHYARHAM MUHAMAD SAFFUAN IBRAHIM__2002
ALLAHYARHAM MUHAMAD SAFFUAN IBRAHIM__2003
ALLAHYARHAM MUHAMAD SAFFUAN IBRAHIM__2004
ALLAHYARHAM MUHAMAD SAFFUAN IBRAHIM__2005
KARTINA BINTI KAMARUL________________2006
MUHAMMAD NABIL FIKRI ALIAS___________2007
KHAIRUL SYAZWAN______________________2008
MUHAMMAD ZABIDI ZOULKIFLI____________2009
SENARAI KETUA ASRAMA MENGIKUT TAHUN
DINIE SAFWAN_________________________2003
ALLAHYARHAM ZULFIKRI_________________2004
_____________________________________2005
ZULAFENDI____________________________2006
MUHAMMAD NABIL FIKRI ALIAS___________2007
KHAIRUL SYAZWAN______________________2008
FAZLI IZHAR__________________________2009
DIHARAP RAKAN-RAKAN DAPAT MEMBANTU MENGENALPASTI KETUA ASRAMA TAHUN 2005
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
4:52 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
SMK Teluk Bahang
Ahad, 20 Disember 2009
PERMOHONAN MASUK KE IPTA 2010
Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan menerusi aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataannya, berkata permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia dibuka kepada pemohon mulai 2 November lalu dan tarikh tutup pada 31 Disember ini.
Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Februari 2010 mulai jam 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.
Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.
Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.
"Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Februari 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010.
"Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010," kata kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel ke www.upu.mohe.gov.my.
Sehubungan itu, kementerian menasihatkan pemohon lepasan SPM 2009 supaya mengemukakan permohonan pada fasa satu bagi meningkatkan kelancaran sekali gus dapat mengurangkan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti. - Bernama
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
2:00 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Terkini Dari Alumni
Sabtu, 19 Disember 2009
SeJaRaH SmKtBg
Berdasarkan sejarah lisan, Teluk Bahang adalah mengambil sempena nama yang diberikan oleh peneroka awal yang kebanyakannya berasal dari Padang Hang, Kedah. Menurut cerita, kawasan pantai laut di sini berteluk dan sesuai untuk menangkap ikan. Tambahan pula, keadaan cuaca yang panas dan berbahang di kawasan ini sama dengan persekitaran asal mereka maka peneroka menamakan kawasan ini dengan nama Teluk Bahang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang dibina di atas sebidang tanah seluas 8.74 ekar pada 13 November 1999. Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Dr.Hilmi bin Hj. Yahaya ADUN Teluk Bahang. Sekolah ini dilengkapi dengan tiga blok utama, sebuah kantin dan rumah guru.
Pendaftaran kemasukan pelajar pertama diadakan pada 13 November 2001 dan hari persekolahan pertama bermula pada 7 Januari 2002 dengan jumlah pelajar seramai 89 orang ( 54 lelaki dan 35 perempuan ) dan 9 orang guru ditadbir oleh En. Abdul Malek bin Othman, Pengetua pertama sekolah ini. Sebelum ini, anak-anak penduduk Teluk Bahang terpaksa bersekolah di SMK Tanjung Bunga yang jaraknya hampir 18 km dari Teluk Bahang. Dengan pembukaan dua blok asrama putera dan puteri telah memberi lembaran baru kepada suasana pembelajaran di sekolah ini. Penempatan penghuni asrama yang pertama terdiri daripada 65 orang pelajar kelas aliran agama pada 4 Februari 2003 telah memartabatkan lagi sekolah ini. Kewujudan sekolah ini memberi harapan yang besar kepada penduduk-penduduk tempatan yang telah lama mengingini sebuah sekolah menengah beroperasi di kawasan mereka.
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
7:12 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
SMK Teluk Bahang
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
5:40 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Kisah Alumni
SUATU KETIKA.........TELUK BAHANG
Teringat aku
Rupanya dah hampir setahun lima bulan
Aku tinggalkan IQRA
Banyak sekali memori terlakar
Suka , duka , gelak , dan tawa
Selalu melayang di benak otak ini
Tapi perjalanan ini masih jauh
Dalam keterpaksaan aku pergi jua
Meninggalkan kenangan
Demi mencari sesuap kehidupan
Teringat aku
5 tahun disana cukup mengajarku
Erti sebuah kehidupan
Yang tiada sempadan
Dulunya lidah yang kelu dan bisu
Kini sudah petah berbicara
Dulunya baru hendak bertatih
Kini sudah pandai berlari
Aku masih ingat
Kali pertama menjejakkan kaki
Ke Penghujung dunia
Gelarannya
Bahangnya tidak seperti namanya
Teluk Bahang
Tempatnya dulu bukan sebegini cantik
Aku masih ingat
Tempat ini kosong sepi dahulunya
Lari dari kesibukan kota
Tapi kini mutiaranya jelas terpancar
Meniti di bibir si kaki melancong
Banyak sekali perubahannya
Masih mengekalkan hutan hijau
Oh baru aku ingat
Pertama kali tinggal di Asrama IQRA
Detik perkenalan bermula
Atas ikatan persahabatan
Hidup umpama sebuah keluarga
Aku masih ingat
Hari pertama
Pentingnya masa
Petang itu kami didenda
Hanya sebagai pengajaran
Untuk manusia yang selalu Alpa dan leka
Cikgu Malek
Ustaz Mokhtar
Cikgu Rozaini
Cikgu Mahizer
Cikgu Zaleha
Cikgu Hanita
Cikgu Izemar
Cikgu Zainora
Cikgu Wan Muzaidi
Cikgu Azmawati
Cikgu Faizi
Bukanlah nama yang asing
Bagi aku
Merekalah kemudi
Merekalah roda
Merekalah landasan
Merekalah pedati
Semuanya ditangannya
Mengharap tujuan melangit biru
Inilah anak didiknya
Membina budi menabur keringat
Bukan menghayun buaian
Ibu bapa, anak-anaknya 1, 2…..banyakpun
Sedozen saja
Tapi , anaknya ramai
Ratusan anaknya
Lahir tahun demi tahun
Kini
Anaknya sudah tidak terbilang jari-jemari
Niat mereka
Menatap lahirnya doktor, jurutera, peguam
Ahli ekonomi, kalau tidak pun Pak menteri….
Masih ingat
Aku masuk kawad
Masih terngiang lagi
Skuad…skuad sedia!
Suara arwah Saffuan
Ketua platun KRS
Luhur budinya
Ingatan hafazan Al-Quran
Kepimpinannya
Tiada tandingan
Namun percayalah
Ada yang lebih menyayangi
Tap tap , tap tap
Bunyi sepatu kawad
Kanan kiri kanan
Langkah kaki digerak
Mengikut arahan
Masih ingat
Benar
Kata orang tua
Kecil-kecil cili api
Setahun jagung baru
Johan kawad di genggaman
Masih ingat
Johan pertandingan kawad kaki daerah pulau tahun 2004
Jatuh kepada platun KRS Putera dan Puteri SMK Teluk Bahang
Bangga
Itulah gambaran pertama
Bukan masuk bakul angkat sendiri
Tapi
Itulah kegembiraan
Kenikmatan
Yang dikecapi
Hasil penat lelah
Siang dan malam
Sekarang
Aku rindu
Suasana petang disana
Bukitnya terbentang meluas
Tumbuhan hijau merendang
Tak jemu bagi setiap mata memandang
Dihembus angin melambai
Pohon meliuk-lentuk
Unggas berterbangan
Siulan burung
Umpama
Mendengar lagu kesukaan
Melihat rakan-rakan
Belari anak
Mengejar bola , ala mokhtar dahari
Ada juga
Melibas bola takraw, ala libas kuda
Ada saja
Yang termenung , bagai pungguk rindukan bulan
Ada pula
Yang berborak , macam internet bergerak
Barangkali juga
Fikiran melayang entah kemana
Memikirkan perjalanan yang masih jauh
Dalam liku-liku kehidupan
Rupanya dah hampir setahun lima bulan
Aku tinggalkan IQRA
Banyak sekali memori terlakar
Suka , duka , gelak , dan tawa
Selalu melayang di benak otak ini
Tapi perjalanan ini masih jauh
Dalam keterpaksaan aku pergi jua
Meninggalkan kenangan
Demi mencari sesuap kehidupan
Teringat aku
5 tahun disana cukup mengajarku
Erti sebuah kehidupan
Yang tiada sempadan
Dulunya lidah yang kelu dan bisu
Kini sudah petah berbicara
Dulunya baru hendak bertatih
Kini sudah pandai berlari
Aku masih ingat
Kali pertama menjejakkan kaki
Ke Penghujung dunia
Gelarannya
Bahangnya tidak seperti namanya
Teluk Bahang
Tempatnya dulu bukan sebegini cantik
Aku masih ingat
Tempat ini kosong sepi dahulunya
Lari dari kesibukan kota
Tapi kini mutiaranya jelas terpancar
Meniti di bibir si kaki melancong
Banyak sekali perubahannya
Masih mengekalkan hutan hijau
Oh baru aku ingat
Pertama kali tinggal di Asrama IQRA
Detik perkenalan bermula
Atas ikatan persahabatan
Hidup umpama sebuah keluarga
Aku masih ingat
Hari pertama
Pentingnya masa
Petang itu kami didenda
Hanya sebagai pengajaran
Untuk manusia yang selalu Alpa dan leka
Cikgu Malek
Ustaz Mokhtar
Cikgu Rozaini
Cikgu Mahizer
Cikgu Zaleha
Cikgu Hanita
Cikgu Izemar
Cikgu Zainora
Cikgu Wan Muzaidi
Cikgu Azmawati
Cikgu Faizi
Bukanlah nama yang asing
Bagi aku
Merekalah kemudi
Merekalah roda
Merekalah landasan
Merekalah pedati
Semuanya ditangannya
Mengharap tujuan melangit biru
Inilah anak didiknya
Membina budi menabur keringat
Bukan menghayun buaian
Ibu bapa, anak-anaknya 1, 2…..banyakpun
Sedozen saja
Tapi , anaknya ramai
Ratusan anaknya
Lahir tahun demi tahun
Kini
Anaknya sudah tidak terbilang jari-jemari
Niat mereka
Menatap lahirnya doktor, jurutera, peguam
Ahli ekonomi, kalau tidak pun Pak menteri….
Masih ingat
Aku masuk kawad
Masih terngiang lagi
Skuad…skuad sedia!
Suara arwah Saffuan
Ketua platun KRS
Luhur budinya
Ingatan hafazan Al-Quran
Kepimpinannya
Tiada tandingan
Namun percayalah
Ada yang lebih menyayangi
Tap tap , tap tap
Bunyi sepatu kawad
Kanan kiri kanan
Langkah kaki digerak
Mengikut arahan
Masih ingat
Benar
Kata orang tua
Kecil-kecil cili api
Setahun jagung baru
Johan kawad di genggaman
Masih ingat
Johan pertandingan kawad kaki daerah pulau tahun 2004
Jatuh kepada platun KRS Putera dan Puteri SMK Teluk Bahang
Bangga
Itulah gambaran pertama
Bukan masuk bakul angkat sendiri
Tapi
Itulah kegembiraan
Kenikmatan
Yang dikecapi
Hasil penat lelah
Siang dan malam
Sekarang
Aku rindu
Suasana petang disana
Bukitnya terbentang meluas
Tumbuhan hijau merendang
Tak jemu bagi setiap mata memandang
Dihembus angin melambai
Pohon meliuk-lentuk
Unggas berterbangan
Siulan burung
Umpama
Mendengar lagu kesukaan
Melihat rakan-rakan
Belari anak
Mengejar bola , ala mokhtar dahari
Ada juga
Melibas bola takraw, ala libas kuda
Ada saja
Yang termenung , bagai pungguk rindukan bulan
Ada pula
Yang berborak , macam internet bergerak
Barangkali juga
Fikiran melayang entah kemana
Memikirkan perjalanan yang masih jauh
Dalam liku-liku kehidupan
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
5:21 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Karya Puisi
KERTAS KERJA
UNTUK MAKLUMAN ANDA SEBENARNYA KERTAS KERJA DIBAWAH INI ADALAH SALINAN ASAL KERTAS KERJA ALUMNI YANG DIJADUALKAN PADA SEKITAR TAHUN 2009 TAPI ATAS SEBAB TERTENTU IA TIDAK DAPAT DILAKSANAKN . JADI DIHARAPKAN DAPATLAH RAKAN ALUMNI MEMBANTU MEREALISASIKAN HASRAT ALUMNI SMKTBG DITUBUHKAN SECARA RASMINYA
Pendahuluan
Kertas kerja ini disediakan untuk mengadakan Majlis Pelancaran Alumni IQRA dengan secara rasminya. Disamping itu akan diadakan untuk Mesyuarat Agung Alumni SMKTBG 1 sesi 2009/2010. Dengan bertemakan “Sirih Pulang Ke Gaggang” diharap sambutan majlis ini menggalakan walupun ianya buat kali pertama diadakan. Walaupun sebagai sebuah sekolah yang baru hampir 8 tahun ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Bahang (SMKTBG) telah melahirkan hampir separuh pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum. Boleh dikatakan hampir keseluruhan golongan pelajar kawasan Telok Bahang dan Pulau Pinang secara amnya menimba pengalaman awal dalam pelajaran di SMKTBG. Golongan ini kini kebanyakannya menjadi penuntut ipta dan ipts di seluruh pelusuk Malaysia dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut disini. Bagi guru-guru yang pernah mengajar disini pula kebanyakan telah bertukar ke negeri lain dan ada juga dikalangan guru-guru ini berkhidmat sebagai pensyarah dan pegawai pelajaran. Guru-guru yang pernah berkhidmat dan bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui pelbagai cabaran semasa menempuhi alam pengajaran dan pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih menuntut di SMKTBG bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas.
Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar ini dalam satu organisasi. Cetusan idea penubuhan ini sebenarnya telah diilhamkan oleh mantan pengetua SMKTBG Tuan haji Abdul Malek B. Othman sejak beliau bersara pada tahun 2008. Tuan Haji Abdul Malek telah menyarankan agar alumni SMK Teluk Bahang ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan sillaturahim. Alumni ini adalah untuk mengumpulkan semua bekas-bekas guru dan bekas pelajar SMK Teluk Bahang. Jawatankuasa kerja alumni akan dibentuk dan dipengerusikan oleh mantan pengetua Tuan Haji Abdul Malek B. Othman..
Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI IQRA
Tujuan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas guru-guru dan pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan sekolah. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar yang pernah mengajar dan menuntut ilmu di SMKTBG. Dengan ada aktiviti seperti ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada sekolah .
Dengan usaha yang berterusan persatuan alumni ini akan menjadi wadah bagi bekas guru-guru dan pelajar-pelajar membantu SMKTBG tidak kira dari aspek akademik ataupun kokurikulum. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah. Pihak sekolah sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu utama. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.
Kumpulan sasaran
Semua guru yang pernah berkhidmat dan pelajar-pelajar yang pernah menuntut di SMKTBG. Bekas Warga IQRA secara amnya.
Masa
2.30 petang hingga 10.30 malam
Hari / tarikh
Tempat
Dewan Makan Asrama
OBJEKTIF
Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTBG malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :
• Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.
• Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.
• Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.
• Menjadi kakitangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
• Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SMKTBG
• Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
• Memupuk semangat muhibah, persaudaraan dan berkerjasama di kalangan bekas guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Bahang .Memastikan kesinambungan hubungan silaturahim diantara Ahli dan Sekolah.
• Menjadi penasihat dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar Sekolah yang sedang menuntut dan menghulur bantuan dalam bentuk khidmat nasihat dan apa juga pertolongan yang di fikirkan perlu, wajar dan mampu oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa dengan kebenaran pihak Pentadbiran Sekolah.
• Memelihara dan meningkatkan imej Sekolah pada kacamata masyarakat di dalam segala bidang.
• Merancang dan mengatur aktivti-aktiviti bagi mencapai objektif Persatuan dan juga aktiviti bagi menambah sumber kewangan Persatuan.
• Melaksanakan kegiatan yang berfaedah dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan rekreasi untuk kesejahteraan ahli dan masyarakat
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
3:41 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Kisah Alumni,
Terkini Dari Alumni
SeLaMaT DaTaNg
HAI ASSALAMUALAIKUM HARI INI BERMULA-LAH DALAM SEJARAH ALUMNI SMKTBG APABILA MEMPUNYAI LAMAN BLOG SENDIRI. UNTUK ANDA SEBAGAI RAKAN ALUMNI DIGALAKKANLAH MEMPUNYAI LAMAN BLOG ANDA SENDIRI BAGI MEMUDAHKAN HUBUNGAN DIANTARA KITA SEMUA
Dicatat oleh
Alumni SMK Teluk Bahang
di
3:25 PTG
0
ulasan
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
Kisah Alumni