Pages

Nuffnang

Khamis, 24 Mac 2011

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, JMTI, ADTEC, CIAST, IKTBN, IKBN, IKM, KKTM, NATC

Institut dan Pusat Latihan

Institut dan pusat latihan yang terbabit adalah;
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Teknikal Jepun (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Kategori Permohonan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA dibahagi kepada kategori berikut;
  1. Lepasan SPM atau setaraf
  2. Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    • Kategori 1 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 1
    • Kategori 2 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 2
    • Kategori 3 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 3
    • Kategori 4 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 4/ DKM
  3. Lepasan Sekolah Menengah
    • Kategori O – Memiliki Sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR/ SRP/ PMR

Syarat Kemasukan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA juga mempunyai syarat am dan khas yang minimum perlu dipenuhi.

Syarat Am

Calon perlu mempunyai kelayakan minimum;
  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pusat latihan atau institusi berdasarkan kursus yang dipohon.

Permohonan

  1. Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA terbahagi kepada dua;
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SPM atau setaraf
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah
  2. Permohonan dibuka mulai 10 Januari sehingga 4 April 2011.
  3. Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya tiga kursus dan maksima lima kursus.
  5. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  6. Permohonan perlu dibuat secara online untuk

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah 4 April 2011.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan Maklumat Syarat Kemasukanuntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Permohonan ke IPTA, TEVT dan ILKA sebelum membuat permohonan.
  4. Sila rujuk juga kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan.
  5. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel :upu@mohe.gov.my

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Julai 2011



Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat sijil, diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Julai 2011.
Politeknik
Politeknik KPT menawarkan program pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan termasuk program sijil kemahiran kepada calon berkeperluan khas. Ketika ini terdapat sebanyak 54 program peringkat diploma dan 4 program peringkat diploma lanjutan ditawarkan di 27 politeknik seluruh negara.

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. Politeknik KPT menyediakan 51,000 tempat pengajian untuk lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan pelajar berkepeluan khas (masalah pendengaran) lulusan Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada setiap tahun bagi mengikuti pelbagai program tersebut.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :

Politeknik Premier

Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.

Politeknik Konvensional

Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Politeknik Metro

Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Syarat Permohonan

Cara Permohonan

Permohonan ke Politeknik terbahagi kepada 3 katergori.

Permohonan UPU

Permohonan Terus

Permohonan Khas

  • Pemohon Berkeperluan Khas (Masalah Pendengaran) adalah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
  • Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas (KPM) dan dihantar kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sila rujuk Permohonan ke Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan ditutup pada 4 April 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan ke Politeknik KPT sesi Julai 2011 akan diumumkan pada :
    • 22 Mei 2011 untuk Program Diploma, Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik, Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik.
    • 4 Julai 2011 untuk Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan) (AEU) dan Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif (AAD)

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8883 5858 atau Talian Am 03 8883 5801 / 5802 atau e-mel :upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Terus dan Khas boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03 8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108/ 4109 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.

Semakan & Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2011


Semakan & Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2011

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012 akan boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka. Ini adalah proses mengemaskini permohonan matrikulasi sahaja, tiada permohonan baru yang boleh dibuat.

Tarikh Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 21 Februari 2011sehingga 6 Mac 2011.

Proses Semakan

  • Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran, Aplikasi Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2011/2012.
  • Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
  • Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di03 8884 4036/4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
  • Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka hari ini, 7 Mac 2011. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan.
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruanmemang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru. Tahun ini permohonan dibuka sebulan lewat berbanding tahun lepas.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan terbahagi kepada 4 kategori.

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Logo Kementerian Pelajaran

2. Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)

3. Program Kembar Bahasa Perancis

4. Program Kembar Bahasa Jerman

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan.

Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)

  • Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
  • Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Program Kembar Bahasa Perancis

  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. 2.4

Program Kembar Bahasa Jerman

  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan tidak dihadkan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan(INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011(tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

TarikhAktiviti
7 Mac 2011Permohonan Dibuka
21 Mac 2011Permohonan Ditutup
4 April 2011Semakan Temuduga
11 – 22 April 2011Temuduga
21 Mei 2011Semakan Tawaran
20 Jun 2011Pendaftaran

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 akan ditutup pada 25 Mac 2011 21 Mac 2011. KPM telah mengumumkanbahawa tarikh tutup dilanjutkan dan kemaskini boleh dibuat tanpa had.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/  1371/ 1235
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

Tips Bagaimana Memilih IPT Swasta (IPTS)





BAGAIMANA MEMILIH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)     

1


Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPT) :-
- Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
2Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa.
3Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi, kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
4Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran dengan kampus.
5Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
6Semak samada tenaga pengajar adalah terdiri daripada meraka yang berkelayakan dan berpengalaman. Contohnya tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah terdiri daripada yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
7Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan kemudahan yang disediakan lengkap.
8Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh di nilai berasaskan track record IPTS.
9
Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran, fees refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.
BAGAIMANA MEMILIH KURSUS PENGAJIAN    
1



Kursus pilihan telah mendapat:
- Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
- Mencapai standard Minimum/ Perakuan Akreditasi/
Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)
2
Bidang Pengajian yang di pilih mestilah sesuai dengankelayakan serta memenuhi syarat kemasukan ke IPTS tersebut.
3
Bidang Pengajian bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.
4
Yuran kursus yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang di pilih. Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus yang sama.
5
Menyemak status kursus Pengajian melalui laman sesawang :
a) Malaysia Qualification Agency (MQA) diwww.mqa.gov.my
b) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my ** Adalah di sarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang di berikan. Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus di IPTS yang dkendalikan program yang sama.

Laman Web Rasmi Masuk Ke IPTA (UPU)


Klik sini - Laman Web Rasmi UPU



Jaduan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011





Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011



Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011. Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12.00 tengah hari sehingga 30 Mac 2010. Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori Dadalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.Bagi pemohon fasa dua, mereka perlu membuat permohonan dengan menggunakan nombor unik ID dan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan.

“Pemohon boleh mendapatkan nombor unik ID yang boleh dibeli dengan harga RM10.60 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui mesin ATM atau SMS (jarak) Banking (bagi pemegang akaun GIRO) di seluruh negara mulai 1 Feb 2010 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Mac 2010. “Pemohon dibenarkan membuat sekali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Mac 2010,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau emel kewww.upu.mohe.gov.my.

Sehubungan dengan itu, kementerian menasihati para pemohon lepasan SPM 2009 supaya mengemukakan permohonan pada fasa satu bagi meningkatkan kelancaran sekaligus dapat mengurangkan tempoh masa pemohon mengemukakan permohonan mereka pada fasa dua nanti.
(Sumber : BERNAMA)

Program untuk lepasan SPM




Jabatan Pembangunan Kemahiran tawar kursus dengan jaminan pekerjaan 

LULUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam, kini mempunyai peluang kedua mengikuti kursus dalam bidang kemahiran yang ditawarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Akademik Teknologi Kemahiran (ATK) bersama gabungan IPT tempatan membuka peluang kepada calon berusia 17 tahun ke atas untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelolaan kementerian terbabit.

Kursus peringkat diploma ditawarkan JPK yang masih ada kekosongan ialah automotif, elektrik, pendingin hawa dan penyejukbekuan, elektronik industri serta kerani firma guaman. 

Pengarah ATK, Mohd Zamri Yassin, berkata keistimewaan program itu ialah jaminan pekerjaan kepada pelatih yang berjaya menamatkan kursus dan memenuhi syarat pensijilan ditetapkan. 

Katanya, mereka juga menerima elaun bulanan RM300 yang sekali gus memudahkan kumpulan sasar daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti latihan. 

Beliau berkata, tempat yang ditawarkan amat terhad yang seharusnya kumpulan sasar terutama lepasan SPM tahun lalu merebut peluang keemasan mengikuti kursus berkenaan. 
“Ini ialah peluang kedua melanjutkan pengajian bagi lulusan SPM yang gagal melanjutkan pengajian ke IPT awam,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohd Zamri di talian 012-6858001 atau e-mel ustzamri@gmail.com dan drzamri@unisel.edu.my atau melayari laman sesawang Sekretariat ATK di alamat http://www.atk.eduphd.com untuk keterangan lanjut. 

Zamri berkata, program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut dibuka sekarang dengan calon berkelayakan akan mengikuti latihan di institusi kemahiran kementerian itu. 

Katanya, kursus yang ditawarkan ialah peringkat diploma meliputi teknologi automotif, pentadbiran perniagaan, seni kulinari (masakan atau chef), teknologi maklumat, multimedia kreatif, pemasaran, perakaunan dan kejuruteraan elektrik serta elektronik industri. 

“Syarat kelayakan untuk program JPK ialah warga negara berusia 17 tahun ke atas yang berminat, manakala MQA lulus SPM dengan tiga kepujian. Tarikh tutup penyertaan untuk kedua-dua kursus itu ialah 15 Februari ini. Sehubungan itu, kita harap lepasan SPM merebut peluang mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan,” katanya. 





Klik Klik

Related Posts with Thumbnails