Pages

Nuffnang

Khamis, 24 Mac 2011

Program untuk lepasan SPM




Jabatan Pembangunan Kemahiran tawar kursus dengan jaminan pekerjaan 

LULUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam, kini mempunyai peluang kedua mengikuti kursus dalam bidang kemahiran yang ditawarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Akademik Teknologi Kemahiran (ATK) bersama gabungan IPT tempatan membuka peluang kepada calon berusia 17 tahun ke atas untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kelolaan kementerian terbabit.

Kursus peringkat diploma ditawarkan JPK yang masih ada kekosongan ialah automotif, elektrik, pendingin hawa dan penyejukbekuan, elektronik industri serta kerani firma guaman. 

Pengarah ATK, Mohd Zamri Yassin, berkata keistimewaan program itu ialah jaminan pekerjaan kepada pelatih yang berjaya menamatkan kursus dan memenuhi syarat pensijilan ditetapkan. 

Katanya, mereka juga menerima elaun bulanan RM300 yang sekali gus memudahkan kumpulan sasar daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti latihan. 

Beliau berkata, tempat yang ditawarkan amat terhad yang seharusnya kumpulan sasar terutama lepasan SPM tahun lalu merebut peluang keemasan mengikuti kursus berkenaan. 
“Ini ialah peluang kedua melanjutkan pengajian bagi lulusan SPM yang gagal melanjutkan pengajian ke IPT awam,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Mereka yang berminat boleh menghubungi Mohd Zamri di talian 012-6858001 atau e-mel ustzamri@gmail.com dan drzamri@unisel.edu.my atau melayari laman sesawang Sekretariat ATK di alamat http://www.atk.eduphd.com untuk keterangan lanjut. 

Zamri berkata, program Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut dibuka sekarang dengan calon berkelayakan akan mengikuti latihan di institusi kemahiran kementerian itu. 

Katanya, kursus yang ditawarkan ialah peringkat diploma meliputi teknologi automotif, pentadbiran perniagaan, seni kulinari (masakan atau chef), teknologi maklumat, multimedia kreatif, pemasaran, perakaunan dan kejuruteraan elektrik serta elektronik industri. 

“Syarat kelayakan untuk program JPK ialah warga negara berusia 17 tahun ke atas yang berminat, manakala MQA lulus SPM dengan tiga kepujian. Tarikh tutup penyertaan untuk kedua-dua kursus itu ialah 15 Februari ini. Sehubungan itu, kita harap lepasan SPM merebut peluang mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan,” katanya. 





0 ulasan:

Catat Ulasan

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails