Pages

Nuffnang

Isnin, 10 Mei 2010

MESYUARAT AGUNG KELAB ALUMNI SMK TELUK BAHANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua hendaknya. Terlebih dahulu penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu. Semoga ibu-ibu ceria selalu hendaknya. Untuk makluman rakan-rakan semua perancangan program pada 5/6/2010 terpaksa diubah rancangannya sebelum ini kerana masalah kesuntukan masa dan kekurangan dana untuk menganjurkan majlis secara besar-besaran seperti yang dirangcangkan. Jika diikut perancangan sebelum ini pada tarikh tersebut akan diadakan Mesyuarat Agung Alumni SMK Teluk Bahang pada sebelah petangnya dan Majlis Pelancaran Alumni SMK Teluk Bahang pada sebelah malamnya dengan kerjasama pihak sekolah. Oleh kerana nasihat Tuan Pengetua dan masalah kekurangan dana, Majlis Pelancaran Alumni tersebut akan ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan lagi. Tetapi mesyuarat akan berlangsung seperti biasa. Kehadiran mesyuarat ini buat sementara adalah untuk pelajar seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Pengetua manakala untuk Reunion BBQ kehadiran guru dan pelajar dialu-alukan. Untuk mengesahkan kehadiran anda terdapat dua borang yang perlu diisi. Yang pertama adalah borang pengesahan kehadiran mesyuarat dan borang pengesahan kehadiran BBQ. Bagi pakaian program kemas dan sopan.

PROGRAM PETANG ‘ MESYUARAT AGUNG KELAB ALUMNI SMK TELUK BAHANG KE-1’

Tempat : Dewan Makan Asrama Teluk Bahang

Tarikh : 5/6/2010 Sabtu

Masa : 2.00 petang (ikut tentatif program)

Untuk makluman anda mesyuarat akan berlangsung di SMK Teluk Bahang pada 5/6/2010 hari sabtu dengan kerjasama pihak sekolah. Kehadiran mesyuarat ini buat sementara adalah untuk pelajar seperti yang dimaklumkan oleh Tuan Pengetua. Oleh yang demikian pada mesyuarat berkenaan satu usul untuk melibatkan bekas guru akan dibincangkan. Perasmian mesyuarat akan dirasmikan oleh Yg Berbahgia Pn Hajjah Faridah Bt Hj. Arshad, Penyelaras Parlimen Balik Pulau, dan diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengetua Tn. Hj Abdul Malek Bt. Othman. Kami amat menggalakkan kehadiran anda semua untuk membri idea dalam menjayakan penubuhan kelab alumni ini. Makanan pada sebelah petangnya disediakan untuk anda semua. Tentatif program atau perjalanan mesyuarat seperti yang tertera dibawah.


TENTATIF PROGRAM

Mesyuarat Agung Kelab Alumni SMK Teluk Bahang Ke-1

Tempat : Dewan Makan Asrama SMK Teluk Bahang

Tarikh : 5/6/2010 Sabtu

2.00-2.30 ptg : -Ketibaan ahli alumni

- Pendaftaran

2.30 ptg : - Ketibaan para jemputan / tetamu / semua mengambil tempat

2.45 ptg : - Ucapan pengacara majlis

- Bacaan doa

3.00 ptg : - Ucapan alu-aluan Yg Berusaha En. Abdul Rashid bin

Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang

: - Ucapan Perasmian oleh Yg Berbahgia Pn. Hajjah Faridah Hj. Arshad

Penyelaras Parlimen Balik Pulau

3.30 ptg : - Mesyuarat Agung Kelab Alumni SMK Teluk Bahang Ke-1 bermula

- perlantikan Majlis Jawatankuasa Alumni SMK Teluk Bahang

- cadangan usul dan pelbagai agenda

: - Ucapan Presiden Kelab Alumni SMK Teluk Bahang

: - Ucapan Penaung Kelab Alumni SMK Teluk Bahang

5.00 ptg : - Mesyuarat ditangguh

- Solat Asar dan minum petang

- Tayangan slaid video

- Bersurai

PROGRAM MALAM “REUNION BBQ”

Tempat : Chalet Sila O’ Sila Teluk Bahang

Tarikh : 5/6/2010 Sabtu

Masa : 8.00 malam

Jika mengikut perancangan sebelum ini pada sebelah malamnya adalah Majlis Pelancaran Alumni, tetapi disebabkan kesuntukan masa untuk menguruskan dan kekurangan dana kami telah berpakat untuk menangguhkannya buat sementara waktu. Oleh yang demikian beberapa orang dari kami dan guru telah bersetuju untuk menggantikan program yang lain di Chalet Sila O’ Sila Teluk Bahang. Program ini tidak akan terlibat dengan pihak sekolah. Disebabkan permintaan bekas guru dan pelajar kami telah berkerjasama untuk menganjurkan “Reunion BBQ” pada malam tersebut di Chalet Sila O’ Sila di Teluk Bahang. Bayaran sebanyak RM15.00 diperlukan untuk jamuan makanan. Bayaran akan dibuat sewaktu mesyuarat dan anda perlu mengisi borang online untuk mengesahkan kehadiran anda. “Reunion BBQ” ini akan bermula pada jam 8.00 malam. Untuk yang ingin menginap di chalet Sila O’ Sila terdapat set bilik seperti dorm yang boleh menempatkan 10 orang, bilik family 5 katil, dan bilik standard 1 katil single dan 1 katil queen.

Sebarang maklumat hubungi atau mesej kepada nombor yang tertera di bawah atau melalui Facebook. Sebarang pengesahan perlu dibuat sebelum 24/5/2010.

AJK PENGANJUR DAN PENAJA BAGI MESYUARAT AGONG KE-1

KELAB ALUMNI SMK TELUK BAHANG

Pengerusi : Nabil

Naib Pengerusi : Khalil

Setiausaha : Haziqah

Naib Setiausaha : Zabidi

Bendahari : Ernie

AJK:-

Pendaftaran : Zuraid

Promosi & Publisiti : Firdaus / Hidayah

Tajaan & Sumbangan Dana : Afikah

Persediaan Tempat : Zabidi

Buku Program : Azziantie / Haziqah

Dokumentasi & Fotografi : Amir Asraf

Jamuan : Fatin / Azziantie

Teknikal & Siaraya : Azrie / Shahrul / Shahril

Penginapan : Khalil


No telefon

Nabil : 012-4002540

Khalil : 012-5534749

Zabidi : 017-4078343

Zuraid : 019-4495370 / 012-9072873

Amir asraf (mat nor) : 013-4569726

Firdaus : 017-5212483

Tarmizi : 019-4463645

Haziqah (ieka) :017-77609029

Afikah : 017-2061685

Azziantie : 017-4252667

Hidayah : 013-6138463

Fatin : 017-2699661

Klik Klik

Related Posts with Thumbnails